Cabang

Memaparkan catatan dengan label umnokoko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umnokoko. Papar semua catatan

Ahad, 19 Februari 2012

Peguam-peguam Pas ikrar pertahan Putrajaya......


SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.

Menurut Ketua Pengarah Konvensyen, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (gambar), program itu bertujuan sebagai persediaan terakhir peguam PAS bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

"Komitmen yang diberikan oleh rakan peguam dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga di luar jangkaan.

“Pada asalnya kita mensasarkan hanya 80 orang peguam sahaja yang akan hadir, namun jumlah tersebut semakin bertambah sehingga tarikh penyertaan terpaksa ditutup lebih awal," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, konvensyen tersebut bermula dengan majlis perasmian dan makan malam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut hadir selaku tuan rumah.

Menurutnya, Tuan Guru Abdul Hadi melahirkan kebanggaan di atas kejayaan pihak penganjur menghimpunkan para peguam PAS kerana peranan mereka secara keseluruhannya amat penting di dalam merealisasikan hasrat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13.

Katanya, konvensyen tersebut mencapai enam resolusi dan resolusi yang menjadi keutamaan adalah peserta bertekad sekurang-kurangnya seorang peguam akan ditugaskan di setiap kerusi parlimen yang PAS akan bertanding dalam PRU13 kelak.

“Tindakan tegas menurut batas undang-undang sedia ada akan diambil ke atas mana-mana musuh Pakatan Rakyat yang melanggar mana-mana peraturan pilihan raya,” katanya.

Di samping itu, ujarnya para peserta juga turut mencapai resolusi untuk memberikan khidmat guaman pasca pilihan raya itu sendiri iaitu dalam soal petisyen pilihan raya.

Beliau berkata, bagi perjalanan yang melibatkan pihak SPR pula, peguam PAS akan memantau segala aduan berkaitan salah laku pegawai SPR di sepanjang pilihan raya berlangsung.

Jelasnya, peguam PAS juga mengingatkan para pegawai SPR bahawa segala tindakan mereka yang melanggar peraturan adalah satu kesalahan jenayah.

Oleh itu, katanya dengan tenaga peguam seramai 130 orang itu, PAS akan melangkah teguh menghadapi gelombang PRU13 bagi merealisasikan tekad Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.

Konvensyen berakhir dengan sesi khas bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

“Insya Allah di pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat kita mensasarkan 150 peguam PAS akan bertugas di semua negeri jika dilihat daripada kehadiran pada hari ini.HD

Isnin, 13 Februari 2012

Hari Kekasih : Apa kata Menteri Agama Jamil Khir?


KLANG - Pas tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih walaupun beberapa pihak termasuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju, kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Dipetik Bernama, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini, petang ini.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa Pas menarik balik pendirian parti itu yang menentang
sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.SH

nota kekasih : Jangan pulak keluarkan duit zakat untuk Hari Kekasih....kerja-kerja fi sabilillah.

Khamis, 26 Januari 2012

Antara Najib dan Rosmah, sapa popular ?


Jika popular, kenapa Najib takut debat?

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak perlu takut untuk menyambut cabaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi beliau dikatakan lebih popular berbanding Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, dengan populariti Najib yang dikatakan sedang meningkat naik, maka cabaran debat tersebut adalah peluang terbaik untuk beliau mengutarakan visi dan misi beliau.

"Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia," ujar Riduan.

Menurut beliau lagi, banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.

Malah baginya, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini.

Suasana juga ujarnya sudah berubah di mana rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima.

Rakyat tegasnya memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.

"Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja.

"Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit," tegasnya.

Mengulas lanjut, Riduan berkata, debat yang bakal dianjurkan ini bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan.

"Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan," soalnya tegas.HD

nota puaka : Popular kehape, siang malam media kongkongannya puja-puji dan juga mengekori beliau ke mana saja yg di perginya,janji sekolah,janji klinik,janji parit longkang,janji kedai 1Msia,RM100,RM500 dan buku RM200....kesian,teruk dia tapi tak popular juga.

Malu kat Rosmah, melaram sakan ke luar negara tak hingat tapi popularitinya bertambah subur di media asing malah lebih glamor daripada Ah Jib Gor....cuma benanah sikit le telinga tu.

Rabu, 21 Disember 2011

Saudagar Minyak Wangi rembat RM6 juta.....







Oleh : KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tarikh : December 20, 2011


SIMPANG EMPAT - Kegagalan projek penghasilan minyak wangi bernilai hampir RM6 juta di bawah Kerajaan Negeri walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan Kerajaan Pusat dipersoalkan.




Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan (bukan gambar) berkata, projek anak syarikat Kerajaan Negeri, Perlis Essential Oil Sdn Bnd (PEO) di Beseri Jaya sejak 13 tahun lalu bukan sahaja tidak beroperasi, malah bangunan dan infrastruktur kilang yang dibina kini berstatus 'gajah putih'.




Berdasarkan maklumat, PEQ diwujudkan secara usahasama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak wangi daripada pokok T3.




"Bagi menjayakannya, PKENPs mengeluarkan modal RM470,000, Mardi-Tech Sdn Bhd (RM470,000) dan Mohd Murray Hunter (nilai kepakaran dan pengalaman menghasilkan minyak wangi dianggarkan bernilai RM420,000) dengan projek dikuasai Murray Hunter walaupun sahamnya bukan majoriti," katanya sewakt ditemui Sinar Harian di sini semalam.




Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, objektif projek itu adalah untuk memajukan tanah yang dibeli seluas 16.16 hektar di Beseri Jaya selama lima tahun dan dijangka membawa pulangan jutaan ringgit menerusi pengeksportan minyak wangi untuk pasaran global.




Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dalaman, nilai tanah yang dibeli PEO pada tahun 1997 bernilai RM794,737.36, jauh berbeza daripada nilai mengikut harga pasaran RM320,000 dan PKENPs dianggap kerugian RM473,000 daripada urus niaga itu.




Menurutnya, selain pelaburan RM1.36 juta, PEO mendapat geran Kerajaan Pusat RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).




"Selepas penubuhan syarikat sehingga hari ini, ahli lembaga pengarah syarikat tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat walaupun sekal.




"Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan anak syarikatnya dan jika gagal, Pas akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar," katanya.




Sementara itu, Pengurus Besar PKENPs, Kassim Zakaria ketika ditemui Sinar Harian enggan mengulas manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu gagal dihubungi.


baca Sinar Harian

Selasa, 1 November 2011

Lagi kes terhantuk......


Rasanya jika tiada kes letupan keretapi dan lori tangki di Sabah, selama-lama akan digunakan Ordinan Keretapi Sabah yang telah terpakai sejak 1914. Seperti biasa perangai mana-mana penguatkuasa di Malaysia ini, selalu terhantuk baru tergadah....

Kajian demi kajian dibuat namun kes kemalangan di jalanraya semakin menjadi-jadi....saman tak henti-henti!


2011/11/01

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula Ordinan Keretapi Negeri Sabah, yang digunapakai sejak 1914, khususnya seksyen 28 di bawah ordinan itu.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib, berkata mengikut seksyen itu, hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM50 bagi individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya, penumpang keretapi atau individu yang berada di atas landasan keretapi tidak lagi sesuai digunapakai dalam keadaan semasa.

"Kita tidak boleh menggunakan Akta Pengangkutan Jalan untuk menyiasat kes yang berkaitan dengan insiden di atas landasan keretapi. Jadi, kita akan mengkaji semula ordinan ini bagi memantapkan hukuman dan penguatkuasaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita mengenai pelanggaran kereta api dengan sebuah lori tangki minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.

Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pelanggaran antara kereta api dan lori tangki minyak itu mengakibatkan letupan dan kebakaran besar gara-gara kecuaian pemandu lori yang tidak sempat melintasi landasan kereta api sepenuhnya.

Hamza berkata, pemandu lori berumur 41 tahun itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Hamza turut kesal dengan khabar angin mengatakan seramai 18 orang maut dalam insiden tersebut dan meminta orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat yang belum disahkan oleh polis.

Beliau juga berkata, dipercayai 116 penumpang terbabit dalam insiden itu mengikut jumlah tiket yang dijual untuk perjalanan kereta api pada waktu kejadian.

"Seramai 12 orang kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth, yang mana tiga dimasukkan ke wad," katanya. - BERNAMA

Rabu, 19 Oktober 2011

Minggu Suai Kenal Anak Lim Guan Eng di Singapore ?

Minggu Suai Kenal Institut Pengurusan Universiti London di Singapore.........klik gambar nak tahu cerita sebenar anak sapa la ni.


Kalau nak betui2 kenai kena pi daftar masuk tengok....baru tau esok khamis lusa jumaat,sabtu dan ahad cuti am hahaha.

jangan mara ha dari emel sahabat.

Minggu Suai Kenal Anak Lim Guan Eng di Singapore ?

Minggu Suai Kenal Institut Pengurusan Universiti London di Singapore.........klik gambar nak tahu cerita sebenar anak sapa la ni.


Kalau nak betui2 kenai kena pi daftar masuk tengok....baru tau esok khamis lusa jumaat,sabtu dan ahad cuti am hahaha.

jangan mara ha dari emel sahabat.

cetusan ranting 1 (terkini)