Cabang

Isnin, 1 Mac 2010

Hanya Gores Tapi Belum Tentu Menang - TG Hadi Awang

Pilihan raya bukan perang bersenjata

SEPANG, 28 Feb: Penyertaan PAS di dalam pilihan raya dengan mengajak semaksimum mungkin rakyat untuk menyokong perjuangan menegakkan kebenaran diterajui parti itu di negara ini sangat jauh berbeza dengan kaedah peperangan bersenjata.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan perjuangan PAS dalam pilihan raya menggunakan kaedah mengajak rakyat dalam jumlah ramai untuk mencapai kemenangan bagi melaksanakan tuntutan kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, pilihan raya menggunakan pendekatan muwajahah silmiyah atau berhadapan secara aman yang diamalkan gerakan islah dan tajdid iaitu untuk pembaikan dan pembaharuan di seluruh dunia bagi menunaikan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan demikian ketika memberikan amanat dalam Majlis Lawatan Kerjanya ke Negeri Selangor, di sini pagi tadi yang turut disertai juga oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Turut berucap di dalam majlis separuh hari itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, dengan kehadiran semua pimpinan dari 22 PAS kawasan dari seluruh negeri termasuk semua dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Lawatan kerja ke Selangor adalah yang kelapan dilakukan Datuk Seri Presiden ke seluruh negara dalam usaha mendengar sendiri untuk merangka persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ketika menjawab persoalan peserta, Ustaz Abdul Hadi juga berkata, jika pilihan raya akan mencapai kemenangan apabila mempunyai penyokong dan mendapat jumlah undi yang besar, sebaliknya perang bersenjata bergantung kepada seramai mana jumlah musuh yang dapat dibunuh.

“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS turut berkata, tugas gerakan islah dan tajdid bukan mengislamkan keluarga Muslim tetapi juga berperanan untuk mengIslamkan daulah namun semua itu mestilah diusahakan sehingga berjaya.

Dalan hal ini, beliau berkata, Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada anggota gerakan Islam sebaliknya mereka mestilah bekerja untuk menang dan perlu diingatkan bahawa lebih mudah untuk menang daripada bekerja untuk mengisi kemenangan.

Satu perkara yang dilontarkan oleh Ustaz Abdul Hadi adalah satu perkataan hikmat yang menyatakan umat Islam tidak akan dapat dikalahkan jika mereka mempunyai jumlah dua belas ribu yang mempunyai sifat-sifat peribadi Muslim seperti ikhlas, istiqamah dan sebagainya.

Petang ini, rombongan Presiden PAS menyertai majlis dialog yang diadakan di Kundang dan sebelah malam pula bersama masyarakat menyampaikan ceramah isu politik semasa di Tanjung Sepat.

sumber disini
Foto Ehsan Bernama

nota gambar : Kalau inilah pendekar-pendekar melayu yang hendak menjadi benteng negara,kena dengan 'fulus' alamatnya tergadailah dengan baju-baju melayunya sekali...harapkan keris?? zaman bom nuklear dah yop! kena hincit le...


1 ulasan:

  1. Andainya perjuangan itu mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan pasti ramai yang akan tertarikh dengan nya.Tapi sebaliknya hakikat perjuangan bukan sebegitu, turun naiknya dan kepedihan yang sukar untuk diikuti. Tadbir

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)