Cabang

Rabu, 3 Mac 2010

Tanda Kiamat Kecil Jelas Kelihatan


Katak Membiak Dan Berkeliaran Di Musim Kemarau.

Katak merupakan spesis haiwan yang agak istimewa di kalangan binatang-binatang.Ia merupakan anugerah Allah bagi melengkapkan segala kejadian makhluk-makhluk di muka bumi ini. Katak juga merupakan haiwan yang boleh hidup di dua alam,air dan darat. Lebih tepat lagi daripada kategori 'amphibea'.

Fitrahnya, katak hidup setiap masa mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah.Ketika ia mencari rezeki,mereka bukan sembarangan menyuap makanan ke mulut 'anak bini' mereka.Lalat dan serangga kecil adalah 'taste' istimewa mereka. Tak pernah terlihat atau terdengar katak makan ayam,apatah lagi Ayam kfc.

Derianya sungguh peka terhadap persekitaran. Sistem penafasannya melalui rongga kulit. Keupayaannya untuk melompat tanpa henti melangkaui tempoh 5 bulan dengan kelajuan 20km/jam.Ajaibkan ciptaan Allah!!. Seekor lalat dapat menahannya dari merasa lapar selama 24 hari.3jam 18minit dan 20saat.

Kodok dengan kodoknya. Katak Pisang dengan kepisangannya. Katak Paya dengan kepayaannya.Katak Kunyit dengan kekunyitannya.Katak Hutan dengan kehutanannya. Katak Perang dengan keperangannya. Katak Tanduk dengan ketandukannya. Katak Pokok dengan kedahanannya.Begitulah seterusnya walaupun spesisnya katak,namun ruang kehidupannya masih dalam lingkungan 'fitrah' Allah.

Kelebihan mereka juga dalam menukar 'identiti' sekirannya diancam oleh haiwan pemangsa. Termasuklah ular sawa dan tedung selar.Kulit bertukar warna dan rupa. Badan boleh mengecil dan mengembang.Juga,ada spesis yang boleh mengeluar racun dan bau yang busuk semata-mata bagi menggerunkan 'musuh-musuh' mereka. Itupun setelah mendapat ancaman keselamatan.

Kesimpulannya, katak-katak yang ada di dunia ini sentiasa bersyukur dengan rezeki dan keselamatan anugerah Allah. Mereka sentiasa berzikir(cara mereka)memuji Allah. Mereka tidak menentang aturan yang ditetapkan Allah. Mereka juga tidak lupa dengan janji Allah untuk hidup hanya di dunia semata,namun tidak engkar perintah dan larangan Allah.Berkhidmat untuk memakmurkan bumi Allah.Tanpa upah apatah lagi 'komisyen'.Katak oh Katak.


Bagaimana dengan 'spesis' Katak Bebas yang jarang dijumpai walau di musim hujan,apatah lagi di musim kemarau yang sedang melanda negara.

Hanya terdapat di beberapa kawasan panas yang mencecah 40'C. Baru-baru ini dikesan di beberapa kawasan seperti Parlimen Balik Pulau,Nibong Tebal dan Bagan Serai. Dulu hanyalah diperingkat Dun sehingga menyebabkan Perak diserang 'virus gerutu'.Kini ia bakal menggoncang satu Malaysia.

Mereka langsung tidak memikirkan soal 'prinsip' yang suatu ketika bergegar-gegar mereka laungkan demi mendapat sokongan dan kerjasama rakyat. Mereka tidak takut dengan balasan Allah bagi orang-orang yang memungkiri janji. Mereka tidak ikhlas dalam 'memperjuangkan hukum Allah' di muka bumi ini.Mereka telah khianat dengan rakan-rakan mereka.

Hanya kerana habuan duit dan kemewahan mereka langgar aturan hidup yang ditetapkan Allah. Mereka ingin jadi bebas serta tidak mahu terikat dengan peraturan yang ditetapkan.Jadilah mereka bebas sebebasnya seperti yang diidamkan.


Nota kaki : nampak memang cantik taktik jahat mereka.pemimpin bukannya penentu untuk terus berkuasa. Kuasa datang dari sokongan rakyat.Pantau yang lain supaya tidak terjebak disamping turun bertemu rakyat untuk membantu mereka supaya tidak hanyut dengan mainan politik kotor ala 'mossad'.Mereka merancang,kita juga merancang dan sebaik-baiknya adalah perancangan Allah.Ujian lebih besar pasti menyusul.Kuat atau lemah dan bukannya menang atau kalah.wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)