Cabang

Rabu, 8 Jun 2011

Negara Umno : Islam pun tidak, Kebajikan apatah lagi.....


oleh spin
08.06.11

“ Kita tidak akan menghukum sesuatu kaum sehinggalah kita mengutuskan seorang rasul” Al Qasas 28:59


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad lepas.

Dia ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.

Ismail berkata penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris Syhuhadi, 63, seorang ahli perniagaan Indonesia boleh membahayakan keselamatan negara.

"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdul Haris dikatakan menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.- BERNAMA


nota ji :

Kalau benar mereka yang ditahan ini mempunyai bukti kukuh pengikut JI, mereka sebenarnya amat merbahaya. Maka, kalau benar ada bukti dakwa mereka dan sekiranya sabit kesalahan mereka boleh di jatuhi hukuman mati. Sekarang kita tidak akan tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau tidak.

Ini kerana tidak ada pembuktian dilakukan di mahkamah yang adil sebagaimana yang sepatutnya di lakukan. Pelik juga kerana mereka ditahan bertahun-tahun atas dasar “ada bukti” telibat dalam jenayah pemberontakan, tetapi kemudian boleh dibebaskan.

Kenapa tiada dakwaan? Mana bukti-bukti yang dikatakan wujud tersebut? Bukankah ini suatu tindakan merbahaya membebaskan seseorang yang didapati ada “bukti” sebagai pemberontak ke atas mereka begitu sahaja? Apakah mereka benar-benar pemberontak merbahaya sehingga selayaknya ditahan di bawah ISA? Kita tidak akan tahu kerana tidak ada pembuktian dimahkamah dilakukan.


cit podah, sembang Islam dan Kebajikan gegar satu Malaya tapi tak sedar muka terpalit dengan penerusan kerja-kerja jahat penjajah yang akhirnya mengeluarkan tahi-tahi pandikutty.....wallahua'lam.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)