Cabang

Selasa, 14 Jun 2011

SPR setuju dengan tuntutan Bersih ?


Mungkin tak tahan dengan bantahan rakyat yang semakin meluas mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya kendalian SPR, Pengerusinya cuba-cuba untuk meredakan keadaan. Dengan sepantas kilat, entah bila pegawai-pegawainya bersidang tetiba dengan mudah untuk 'mencadang' pindaan terhadap peraturan daftah pemilih...di sini

Cadangan yang tiada kena mengena dengan 4 tuntutan Bersih 2007, apatah lagi dengan 2 tuntutan tambahan bagi Bersih 2011....Kerajaan dan SPR seperti sengaja buat2 pekak dan buta hati perut. Rakyat masih hendak dibodohkan terus dengan cadangan demi cadangan yang langsung tidak menyentuh perkara asas ke arah pilihanraya yang bersih dan adil.

Namun, kerana respon segera yang ditunjukkan pengerusi SPR ini ianya memberi petunjuk memang terdapat elemen-elemen yang mencurigakan berlindung di sebalik peraturan dan akta pilihanraya semenjak merdeka lagi...rakyat minta mansuh tapi SPR suka-suka pinda dengan perkenan Kerajaan Umno Barisan Nasional....



1. Penggunaan Dakwat Kekal untuk mengelak pengundian berlaku lebih daripada sekali oleh individu serupa.

2. Pemansuhan Undian Pos kerana hampir 95% undi yang tak pernah diposkan pun.


3. Pembersihan senarai daftar pemilih terutama kepada mereka yang telah meninggal dunia dan terdapat individu yang mempunyai nama lebih daripada satu di lokaliti yang berlainan.


4. Mendapat liputan di media-media utama dan juga suratkhabar harian seperti yang telah diberikan hak penggunaannya kepada Umno dan Barisan Nasional.


5. Menghentikan penyalahgunaan harta dan jentera melalui beberapa institusi kerajaan seperti Risda, Felda, Felcra, Jabatan Kebajikan dan beberapa institusi lain yang selama ini diperkudakan oleh Umno barisan Nasional.


6. Tempoh berkempen dilanjutkan kepada masa yang lebih munasabah.



Walaupun Dato' Seri Hishamudin memberi amaran serta disambut pula oleh Presiden Perkasa dengan ugutan bagi menghalang perarakan secara aman, ianya tidak mematahkan semangat rakyat untuk melihat proses demokrasi di bumi Malaysia ini berjalan secara lebih bertamadun dengan turun beramai-ramai ke jalanraya Julai nanti....

"Kita hormat pada yang terhormat, kepada yang jahat kita perlu lebih jahat"....wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)