Cabang

Selasa, 14 Jun 2011

Tuala paling laris selain tuala wanita ?


Walaupun belum pernah dicatatkan dalam Msia Book Records tentang penerima anugerah pengusaha tuala paling laris jualannya, namun toke2 tuala boleh tersenyum dengan sambutan yang semakin menggalakkan daripada pengguna seluruh Malaysia khususnya daripada kaum wanita...

Bila disebut tuala, pasti terbayang di kepala ialah tuala mandi atau tuala basahan. Yakni, tuala yang sering dipakai setiap kali ke bilik air. Ada yang bertukar tuala seminggu sekali dan ada yang paling lama dalam sejarah sepengetahuan penulis ialah seorang sahabat di asrama dulu.

Serius, mula masuk tingkatan satu hingga dia angkat SPM tahun 1993 tuala yang dipakainya yang satu itulah. Itupun diceritakan oleh sahabat yang lain kerana penulis hanya sempat ke tingkatan tiga. Maklumlah, golongan pelajar-pelajar harapan seperti penulis akan terpilih menyambung pelajaran ke sekolah yang lebih baik...huhu.

Dengan tuala lunyai dan koyak itulah sahabat penulis memperolehi keputusan SPM cemerlang sehingga menjadi seorang usahawan berjaya hingga sekarang. Ia juga boleh digunakan sebagai tips untuk anak kita jika ingin berjaya sepertinya.....

Sejak tahun 2007, industri tuala semakin berkembang termasuklah tuala kecil yang digunakan sebagai pengelap peluh ketika bersukan dan juga di majlis kenduri kahwin. Tuala Good Morning adalah menjadi pilihan, tambahan pula kenduri musim cuti sekolah bebaru ni.

Kegunaannya yang fleksibel serta mudah dibawa ke mana-mana akan terus mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna khususnya menjelang Himpunan Aman Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti. Bukan setakat peluh, juga boleh digunakan untuk mengesat air asid water cannon dan juga mengurangkan sesak gas pemedih mata jika dibasahkan...


Kalau di pasaraya mydin, tuala Good Morning dijual 12 helai cuma RM 9 tapi jika satu kontena diborong untuk peserta-peserta himpunan lagilah murah ekekeke....

Sebenarnya, bukan setakat toke tuala good morning jer tersenyum nanti, tapi toke-toke garam, mineral water, ubat gigi dan minyak cap kapak juga boleh tumpang nyerongin. Kalau nak di katakan peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur akan terjejas bukanlah kerana Himpunan Aman lagi Bersih ni tapi kerana tindakan polis yang menutup jalan-jalan utama ke pusat bandaraya kl serta tembakan rambang gas pemedih mata FRU yang masuk ke premis perniagaan wajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Saranan kepada peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur supaya berterusan membuka premis niaga daripada sekarang hinggalah tarikh keramat 9 Julai nanti tutup kedai dan turut serta bersama perarakan Bersih ini,amacam? Gerenti tak akan ada seorang pun pendatang asing berani lepak di kompleks-kompleks besar mahupun di Dataran Merdeka. Barulah menampakkan real Malaysian Malaysia. Perkasa? ah podah..ciit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)