Cabang

Khamis, 8 Mac 2012

Muhyidin sesak nafas dan kritikal ?


KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA)," katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang operasinya bermula hari ini.

Pembatalan skim SBPA itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan keputusan ini, guru-guru juga diharap berasa gembira kerana kerajaan akan melaksanakan seberapa segera janji-janjinya sebelum ini.

"Macam perdana menteri kata, guru-guru jangan gundah gulana, apa yang dijanjikan dalam bajet itu (Bajet 2012) akan dipenuhi dan mungkin dalam tempoh yang terdekat perincian itu akan dimaklumkan oleh pihak JPA. Dengan jaminan perdana menteri itu, kita harap ia akan dapat memuaskan hati," katanya.

Ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya umum ke-13 telah hampir memandangkan kerajaan sudah menyelesaikan isu SBPA, Muhyiddin berkata, "Belum ada sebarang keputusan yang jelas mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13."

"Semua orang boleh membuat spekulasi kononnya pilihan raya akan berlaku sebaik sahaja kerajaan menyelesaikan status kedudukan SBPA, tidak ada salahnya.

"Yang saya tahu, kita masih lagi fokus untuk membuat persediaan bagi pilihan raya, apa yang kita boleh buat dan kita masih teruskan usaha kita kerana yang penting kita mesti memperoleh kejayaan dan kemenangan," katanya.

Mengenai keputusan kerajaan menganugerahkan konsesi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion kepada sebuah syarikat yang dipertikaikan oleh pembangkang, Muhyiddin berkata permohonan daripada syarikat tersebut dibuat mengikut saluran yang betul dan ia turut dinilai oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Unit Perancangan Ekonomi.

"Tidak ada sebab kita hendak menolak permohonan syarikat tersebut kerana sebarang keputusan pemberian dibuat ke atas merit," katanya.

Beliau berkata kerajaan bersikap terbuka dan akan menerima cadangan sesiapa sahaja yang mahu menaik taraf tahap pengangkutan awam negara ini. - sumber

nota kaki : Duit rakyat dah banyak dihabiskan untuk menubuhkan berbagai-bagai jawatankuasa bertindak konon untuk mengkaji dan menambahbaik dasar-dasar dan slogan baru kerajaan tapi kebanyakannya hanya kosmetik untuk mendapat undi pilihanraya....

Percayalah, Umno dan Barisan Nasional akan tersungkur dalam pilihanraya ke-13 kerana gagal meraih simpati daripada kakitangan awam....mereka sememangnya cerdik
.

2 ulasan:

  1. cuba tanya balik kat muhyidin...
    dulu dia ada janji nak naikkan gred pengetua sek menengah kepada dg 52 dan penolong2 kanan kepada dg 48 pada tahun 2012.
    tolong tanya dia balik, dia dah tunaikan ke belum?
    tanya dia balik, dia dah lupa ke atau buat2 lupa??
    kalau dia buat2 lupa, suruh dia tanya jabatan pelajaran wilayah persekutuan. Jabatan pelajaran wilayah persekutuan ada jawapan untuk muhyidin!

    BalasPadam
  2. Tanya balik pak din pagoh ni, dulu dalam ucapan perasmian hari guru 2009, dia istihar nak naikkan gred guru yang punya PhD tapi habuk pun tarak... pembohong besar..

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)