Cabang

Memaparkan catatan dengan label projek 1 Msia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek 1 Msia. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Disember 2010

Pusat Serenti : Pasaran Dadah Termahal?


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari kaedah dan pendekatan baru bagi mengelak penagih dadah kembali kepada kegiatan terbabit memandangkan usaha menggunakan dadah sintetik methadone kurang berkesan.

Menyarankan demikian, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan berkata, “antara kaedah yang boleh dicontohi negara adalah seperti yang dilakukan negara Portugal yang membenarkan penggunaan dadah untuk kegunaan sendiri tetapi memberikan rawatan kepada pesalah dadah”.

“Rawatan meliputi terapi intensif dan khidmat masyarakat berbanding denda atau penjara yang dilakukan banyak negara.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan di Konsortium Polisi Dadah Antarabangsa di sini, semalam, beliau berkata, untuk mencapai matlamat bagi menghapuskan dadah pada 2015 di negara ini, kaedah dan pendekatan baru perlu dicari.

Kerajaan pada lima tahun lalu memilih methadone kerana kosnya yang lebih murah berbanding dadah sintetik lain dan secara amnya didapati sesuai digunakan merawat penagih.

Konsortium sehari itu, dihadiri pakar dan ahli akademik tempatan dan luar negara. - Bernama


Rabu, 27 Oktober 2010

Manmohan Singh Rasmi Projek 35juta di Brickfield?


PM India Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

SEPANG: Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan Dr Manmohan yang diiringi oleh isteri Gursharan Kaur disambut oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.

Lawatan itu sebagai membalas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India pada Januari lepas, selain sebagai usaha memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India.

Esok, Dr Manmohan akan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat delegasi di mana kedua-dua Perdana Menteri dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dua hala, rantau dan antarabangsa.

Najib dan Dr Manmohan juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kerajaan dan memorandum persefahaman.

Selepas itu, Najib dan Dr Manmohan dijadual melancarkan mesyuarat pertama Forum Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia-India di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dr Manmohan dan isteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Najib dan Dr Manmohan kemudian dijadualkan melancarkan 'Little India' di Brickfields, yang merupakan salah satu kemuncak atur cara lawatan itu.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis jamuan malam untuk meraikan tetamu itu di Seri Perdana, Putrajaya.Dr Manmohan dan delegasi dijadualkan berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Khamis petang. - BERNAMA

cetusan ranting 1 (terkini)