Cabang

Khamis, 11 Jun 2009

LEBIH BAIK DIAM DARI BERCAKAP YG BUKAN2!!!


"HENDAKLAH KAMU BEKERJASAMA DLM PERKARA KEBAIKAN
& TAQWA,DAN JGN KAMU BEKERJASAMA DLM PERKARA KEJA-
HATAN & DOSA".maksud ayat AL-QURAN.


semenjak dua menjak ini ribut 1 malaya tentang lontaran idea sorang
hamba Allah yg bernama Abd. Hadi bin Awang(DSTG).bukannya
seperti ribut yg melanda amarika atau pun mongolia,setidak-tidaknya
ribut di tempat kelahiran rosmanudin mansor(adik DatinS)....

orang yg pernah menggemparkan rakyat juga 1 malaya,kononnya
memberi amanat yg mengatakan sebut aje politik suku agama suku
akan menjadi kafir.maka gendang gendut chedat pun dipalu seantero
malaya dan disahut media-media upahan ala mossad mengecam &
menghina susuk tubuh hamba Allah itu serta rakyat yg memahami
maksud sebenar ucapan beliau....

padahal ianya adalah sekadar nasihat kepada orang mendengar sekitar
100 org.tapi ianya telah di 'hilite' 1 malaya termasuk le berok makyeh
dan juga bewak kabok cap bijan kulup bana....

sedar tak sedar rupanya ucapan di 'pesta dosa'(baca tundet kuttikura)
30 thn dulu telah diperakui rakyat hari ini baik melayu,cina & india
bahawa hanya agama dapat memimpin sistem kita berpolitik,mengikut
agama yg mereka anuti......

nah!!!tika ini timbul plak isu 'lontaran idea' kerajaan perpaduan bagi
mengatasi kemelut politik,ekonomi & sosial yg membejati rakyat
1 malaya ketika peralihan kuasa drpd paklah(tun) kpd najib(DS) suatu
ketika dulu...seperti malaya ni harta mak bapak mereka.
namun ditarik balik idea ini kerana 1 malaya telah dimiliki oleh najib
& juga sebahagian rakyat termasuk le anak buah Abd Hadi Awang
sendiri yg masih 'konfius'....
media-media utama malaya bukan setakat 'konfius' malah 'buta isi perut"
dan terkial-kial dlm membuat 'homework' untuk menghurai konsep
kerajaan perpaduan.

tup!tup!konsep kerajaan perpaduan disebut lg dlm muktamar baru-baru
ini,itupun sekadar untuk diperhalusi mungkin ianya menjadi realiti
suatu hari nanti.bukan ucapan dasar dan juga usul untuk dibahas namun
oleh kerana keterkejut berukan malabani bergegar lg 1 malaya....
untuk makluman kerajaan perpaduan sama sekali tak serupa malah
tak sama genetik pun dgn kerajaan campuran pas-ameno...
ianya melibatkan semua parti politik termasuklah parti ppp cap kaveas
& ppp cap murugiah...aku rasa kalo campuran pas-ameno lotong
pun bercerai-berai,dok gitu...


semua pihak bergabung dalam 1 pasukan untuk memajukan 1 malaya....
pemimpin yg baik diangkat,pemimpin yg jahat dibuang dgn cara
terhormat...ada yg kata tak baik kerana tiada pembangkang!!!
betul ke???jgn dengar cakap chedet bulat2 sebab dia tau konsep ini
secara perlahan2 akan memupuskan bn & menghidupkan rakyat..
jadi,sebenarnya rakyat lah akan menjadi pembangkangnya...
mungkin pembahagian jawatan akan dibahagi mengikut peratusan
sesebuah parti yg menang....


sesungguh-sungguhnya idea ini hanyalah lontaran sahaja...
kita boleh bersetuju & boleh tidak bersetuju,malah boleh saja
ditolak terus kalau tidak yakin.mana mungkin idea seseorang
walaupun sehebat tokoh seantero dunia diterima terus tanpa
dibincangkan bersama,yg tak elok boleh diperbaiki & yg elok
mungkin boleh dipercantikan lagi....

yg lebih memalangkan lagi keadaan kita sering bertanya dgn
orang tak mengetahui dgn mendalam isu ini...
yg gatai2 pi sambut buatpe??sudah le tak tau menjawab,dilontar
plak pada spesis mangkuk ayun yg sememangnya tak mau
melihat rakyat hidup aman...

realitinya perpaduan yg lebih afdal biarlah dikalangan rakyat
berbagai fahaman politik supaya dapat memilih pemimpin
yg benar2 berjuang utk agama & 1 malaya...

semoga bersabar dalam menempuh mehnah & tribulasi dalam
menegakkan hukum Allah di muka bumi malaya ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)