Cabang

Ahad, 21 Jun 2009

fokus k'jaan perpaduan vs p'raya kecil manik urai

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(surat terbuka dari amaluddin darus,hamba ALLAH)

Kepada Yang Amat Berhormat,
Tengku Perdana Menteri,
Persekutuan Malaysia,
Kuala Lumpur.

Tengku,
Dengan hormat lagi takzim,patik hamba Allah ini memohon kemaafan di
samping mengharapkan kesediaan Tengku mengikuti surat yg tidak sepertinya
ini.
Seperti yg Tengku sedia maklum,bahwa di negeri kelantan telah berlaku
beberapa kali pilihanraya kecil dlm tahun 1967 yg lalu,yg pertama di kawasan
Pasir Mas Hulu,oleh kerana kematian sahabat sepermainan golf dgn Tengku,
Ab. Samad Gul Ahmad Mianji,yg malang dibunuh oleh orang itu,dan keduanya
di kawasan Kelantan Hilir akibat kematian Allahyarham Hj. Ahmad Bin Abdullah.
Di dalam kempen pilihanraya kedua2 kawasan parlimen itu telah berlaku
begitu hebat dan membingungkan bukan saja patik tapi beberapa pelawat
asing dari luar negeri yg datang hendak menyaksikan bagaimana demokrasi
di negeri ini diamalkan. Sungguh2 pada sangkaan patik suasana kempen
pilihanraya itu tersangatlah hebat dan tiada tandingannya lagi.Rupa2nya
perhitungan patik itu masih meleset,sebab suasana p.raya kecil di kawasan
Bachok Utara lebih hebat dari yg lain.Sayang Tengku tak berpeluang datang
menyaksikannya sendiri,dan Tun pun tidak dtg juga mencemar kaki di kawasan
p.raya itu di sepanjang masa berkempen dr 7 mac hingga hari mengundi 6 April
1968 baru-baru ini.
Oleh kerana Tengku telah tak datang,maka itulah menjadi minat patik menulis
surat ini kpd Tengku. Pada hemat patik sungguhpun parti patik telah bertanding
hanya dgn parti Perikatan sahaja,yg kebetulan Tengku sendiri sebagai ketuanya,
patut juga patik menulis surat ini utk memaklumkan pada Tengku sebagai
Perdana Menteri negara patik. Sebab sebagai Perdana Menteri negara malaysia,
patik percaya Tengku tentu sependapat dgn patik ,bahwa didalam hidup
bernegara yg demokrasi pula,sekalipun kita berparti-parti, namun kita adalah
satu keluarga, justeru kerana itu walau apa dan bagaimana sekalipun perbedaan
pandangan dan hasrat kita,namun diatas segalanya itu keadilan adalah suatu
yg utama sekali.
Bahwa kita sebagai hamba Allah yg beragama Islam, adalah diajar supaya
tidak disakiti dan menyakiti. tidak menyusahkan dan disusahkan, tidak
dizalimkan dan menzalimkan.
Patik percaya jika tidaklah kerana dasar yg parti Tengku berpegang sekarang
mengecualikan dan mengenepikan agama dan norma-norma hukum islam, atas
alasan agama tak bercampur dan tak kena mengena dgn politik, maka tentulah
tak sampai begitu sekali kuatnya tekanan dan kezaliman yg telah dilakukan
oleh orang2 parti Tengku terhadap orang2 parti patik. Dari semua kejadian
yg telah berlaku di dalam kempen pilihanraya itu patik yakin di sana ada
dalang2 yg mengatur dan menggalakkan org2 parti Tengku bertindak tanpa
malu dan silu sedikitpun. Apatah lagi utk diukur dari hukum2 perikemanusiaan
dan persaudaraan islam.
Sepanjang masa kempen pilihanraya itu bukan sahaja org2 Tengku yg
bekerja keras,malah alat2 negara dari Jabatan Penerangan dan Jabatan
Penerangan Luar Bandar semuanya bekerja begitu teratur dan kemas utk
parti Tengku. Bahkan sehingga ada orang dari Jabatan Polis sendiri ikut
bergerak dengan tidak malu2 lagi berkempen mengugut dan menakutkan
orang2 parti patik dan penyokong2 parti patik.
Perkara ini bukanlah tak pernah org2 parti patik perkatakan, malah di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara sendiri sudahpun pernah dikemukakan
berhubungan dgn suasana pilihanraya kecil Pasir Mas Hulu dan Kelantan
Hilir. Sekarang ini, apabila patik ulangi lagi, bukanlah patik menuduh dgn
maksud jahat, tetapi patik mengharapkan di dalam negara kita ini benar2
terdapat demokrasi dan keadilan.
Orang2 parti Tengku juga bertindak memungut kad2 pengenalan sampai
beribu2 banyaknya di kawasan pilihanraya Bachok Utara dengan maksud
supaya rakyat tidak dapat mengundi, dan kalahlah parti patik. Semua
perbuatan ini berlaku terang2 di kawasan pilihanraya kecil itu. Semuanya
bukanlah suatu rahasia kepada rakyat tempatan dan pemerhati2 yg
sampai di sana. Dan sebahagian daripada kisah ugutan dari anggota polis
serta kisah pungutan kad2 pengenalan telahpun orang2 patik membuat
aduan di balai polis dan sebahagian lagi telah patik maklumkan sendiri
kepada pegawai2 polis di dalam dua kali perjumpaan di antara pihak PAS
dan parti Tengku, polis dan penyelia pilihanraya negeri, yg dipengerusikan
oleh Pegawai Pengerusi Pilihanraya(Returning Officer)sendiri.
Di dalam surat ini patik belum membutirkan satu demi satu kejadian2
yg telah berlaku di sana, tetapi patik percaya segala-gala peristiwa itu
tidaklah terlindung sangat dari pengetahuan Tengku sebagai ketua parti
dan kerajaan.
Sesungguhnya dalam setiap kali pilihanraya kecil di Kelantan, orang2
parti Tengku terlalu gilakan kemenangan dan sikap kegilaan itu agaknya
yg membawa kepada hilang segala-galanya apa yg dikatakan gentleman,
demokrasi dan keadilan. Pada hal seperti yg patik ketahui sifat2 itu
adalah sifat yg selama-lamanya menjadi sifat peribadi Tengku, atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita Tengku.
Sepanjang yg patik perhatikan kira2 sepuluh hari sebelum mengundi,
tidak kurang dari seribu pekerja2 parti Tengku bekerja dgn kuat di
seluruh kawasan pilihanraya Bachok Utara itu, dan patik percaya org2
parti Tengku seperti biasa tidaklah bekerja melainkan mendapat upah
wang dan mata benda. Patik percaya tentulah Tengku sependapat
dgn patik dalam hal ini. Justeru dapatlah kita agakkan jumlah wang yg
parti Tengku belanjakan di dalam pilihanraya kecil itu. Jumlahnya
tentu banyak sekali. adapun parti patik yg miskin lagi dzaif ini bergeraklah
sekadar yg terdaya merangkak-rangkak sambil mengharap pertolongan
Allah.
Begitu hebat org2 Tengku bekerja ditambah dengan alat2 negara yg
lain menghadapi parti patik yg kecil ini. Sementara itu tentulah banyak
sekali wang telah dibelanjakan untuk menggerakkan jentera pilihanraya
parti Tengku, tetapi hasilnya parti Tengku baru dapat mengurangkan
hanya 65 undi sahaja daripada undi2 yg didapati oleh parti patik jika
dibandingkan dengan jumlah yg parti patik dapati dalam pilihanraya
tahun 1964 dulu.
Sesungguhnya jika diperhitungkan sedalam-dalamnya nyatalah
penyokong2 parti patik masih setia dan kebal. Dan patik percaya kalau
tidak ada tekanan seperti yg telah berlaku,tak syak lagi jumlah undi
parti patik di kawasan Bachok Utara tak merosot sebanyak 65 undi,
sebaliknya bertambah lagi daripada jumlah tahun 1964.
Pada hemat patik, memadailah surat patik ini setakat ini dahulu
utk tatapan Tengku, dan apa yg patik mohonkan ialah kejadian2 yg
tidak demokratik itu tak akan berulang lagi masa hadapan. Supaya
nama Tengku, seorang yg pemurah, baik hati, tenang dan sabar serta
sangat dikenali mencintai keadilan yg pada masa ini menjadi Perdana
Menteri akan diingati dalam sejarah sebaik-baiknya.
Sekianlah sahaja dahulu surat patik, diiringi dengan doa semoga
Tengku sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah yg menjadikan
kita manusia ini semua dan yg kepadaNya kita kembali kelak.


Adalah patik dgn hormatnya,
(SENATOR AMALUDDIN DARUS,JP)

Kota Bharu, Kelantan.
12 Mei 1968




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)