Cabang

Rabu, 21 Oktober 2009

ada menteri nak bela rasul melayu???

suatu ketika dahulu gegak gempita satu malaya dek kerana kes
seorang model dijatuhi hukuman sebat kerana arak...
bukan terkejut kerana melayu islam terjebak dengan arak,
kerana itu sudah menjadi kebiasaan di zaman millineum ni...
ada yang ditangkap dan lepas dengan jaminan...
dan ada juga yang ditangkap tapi pegawai yang menangkap
diambil tindakan,lagi pelik berlaku di disco zeuk...

sebenarnya yang kecoh kerana pak dan mak menteri masuk
campur hal ehwal perundangan syariah...
nak kata jahil memang jahil,masalahnya buat-buat arif
kononnya untuk membela wanita tertindas..fuhh!!!

padahal yang dijatuh hukum dengan penuh keinsafan rela
menerima hukuman,mudah-mudahan terlepas di akhirat
nanti....

hari ini Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman
kepada Abd. Kahar (rasul melayu) dengan 10 tahun penjara,
denda RM16500 serta enam sebatan (baca sini)

dalam kes ini adakah lagi pembela-pembela golongan
tertindas akan menyalak ke serata malaya untuk membela
nasib Abd Kahar si rasul melayu ini...
maklumlah,dalam usianya yang sudah tua dan mempunyai
anak yang masih memerlukan tempat untuk bergantung...

sekurang-kurangnya dapatlah membantu mereka apabila
di tanya di padang mahsyar kerana membela rasul mereka...

wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)