Cabang

Khamis, 22 Oktober 2009

speaker yang ke-3 akan muncul???


kisah speaker halal dan haram nih tak habis-habis dicanang dalam
apa saja medium,baik yang menyokong Bn atau PR...
yang mana satu yang halal dan haram pun masih ramai rakyat
terutama di kampung-kampung yang konfius,walau ada juga
sebahagiannya berada di bandar(terdedah dengan maklumat)...

masa sidang dun panas yang lepas,aku bersama sahabat yang pada
mulanya berempat tapi akhirnya menjadi tiga dan sorang berpecah
entah kemana....
kebetulan ada urusan kerja di Ipoh turut sama bermain kejar-kejar
bersama pak polisi di luar dewan,walau pada amatanku pak polisi nih
sungguh tak bertanggungjawab dan ganas...
tapi aku tersilap buat telahan kerana peristiwa di dalam dewan lagi
gawat dan menjengkelkan....

kami hadir dalam keadaan tenang,bukan untuk membuat kekacauan
apatah lagi untuk melanggar undang-undang...
tapi kami sayangkan negeri kami ini!!!!

tapi,yang jadi telah pun terjadi....

dan pada 28.10.09 ini akan berlaku lagi persidangan,dijangka
lebih brutal sekiranya mereka bertembung walau di pintu dewan...
kerana kedua-dua speaker telah mengarahkan sidang dun diadakan
walau pada asalnya dijangka pada 02.11.09....atas sebab teknikal
atau tektikal.

kalau speaker boleh dilantik melalui jalan belakang,melalui sistem
rimba mengapa tidak rakyat perak sendiri yang turun beramai-
ramai menawarkan diri di hadapan YM Sultan untuk menjadi
speaker yang ke-3 supaya perjalanan sidang dun berjalan
dengan lancar...
bukan apa,takut nanti speaker haram Ganesan mungkin akan
dicampak terus ke sungai Perak kalau dia masih berkeras dan
gatal jubo nak duduk di takhta speaker...itupun kalau Sultan
perkenan!!!

tak kisahlah calon speaker itu nanti nak pakai baju atau jubah apa
sekalipun asalkan dia melalui pintu depan,tengah,tepi atau belakang...

selamat berperang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)