Cabang

Ahad, 25 Oktober 2009

Bubar Dun selepas Bubar Pas-PR???

sebelum mendesak untuk pembubaran dun Perak,eloklah kita membuat 'roadshow' ke seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang pembubaran Pas-PR....setuju?

setelah bertarung sekian lama dengan mehnah dan tribulasi oleh pihak yang tidak mahu Islam di 'syariat'kan di bumi Malaysia ini,sesetengahnya merasakan seperti sudah letih dan hilang punca untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang tak lama mana ini.....

saban hari mendengar berita melalui berbagai media dari yang dikongkong atau disokong,rakyat disajikan dengan cerita politik yang tak habis-habis berkisar soal siapa yang layak memimpin baik daripada parti yang memerintah dan parti yang berusaha untuk memerintah...

apa yang rakyat tak tau pasal pemimpin Umno,Mic dan Mca....???

apa lagi yang rakyat belum tahu pasal Pas,Pkr dan Dap...???

sampaikan ada yang lebih rela berada di luar politik,walhal ahli politik lah yang merancang samada untuk membangunkan negara atau pun menjadi pelingkup harta khazanah negara.kalau berada di sebelah sini,yang sana menunggu dan jika cenderung ke arah sana yang di sini plak ternanti-nanti....tak tau le plak kut-kut ada yang lebih suka menjadi lalang???

ada baiknya pemimpin yang bergerak dalam masyarakat boleh membezakan pakaian(parti)yang dipakai ketika berada di tengah mereka tanpa menggadaikan pegangan dan prinsip untuk memberi keadilan dan kesejahteraan pada rakyat...parti adalah 'platform' bagi sistem demokrasi,jika dipilih bertukarlah kepada pemimpin dan rakyat bukannya pemimpin parti dan ahli parti...

teringat kata-kata Arwah Ust Fadzil Noor ketika Pas meniti usia 40-an ;


"Islam membawa risalah untuk kebaikan,keadilan dan kemuliaan seluruh manusia.Kita harus menyedari bahawa kita membawa dan mendokong risalah ini,risalah yang menjadi harapan untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan,menaungi dunia dengan rahmat dan persaudaraan,menjamin sandaran dan pergantungan harapan kaum yang tertindas dan zalim".

"Saya menyeru setiap ahli menambah ilmu,meningkatkan kefahaman islam,memberati masalah tarbiyyah,meninggikan disiplin,membulatkan lagi perpaduan,mengukuhkan ketahanan,membanyakkan pengorbanan,menjaga jamaah dari sebarang pencemaran,dari semasa ke semasa tidak segan silu menyampaikan dakwah kepada sesiapa saja dalam negeri dan luar negeri".


atau sebaik saja dun dibubarkan,dan Pas-PR terumbang-ambing dalam menyusun strategi memenangi hati rakyat sehinggalah yang dikejar tak dapat yang dikendung tercicir di depan mata tapi terkedu tak ketahuan....sambil musuh datang tanpa belas kasihan,habis satu persatu menjadi korban menyebabkan Pas-PR yang suatu ketika menjadi inspirasi rakyat untuk merejam kezaliman,bukan setakat dibubarkan malah akan 'ditalqinkan'...

tepuk dada tanya iman...wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)