Cabang

Isnin, 26 Oktober 2009

TG Hadi Awang telah bersuara...kendur seketika.


Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.
"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media malam tadi.Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam.


sumber: BERNAMA


>>> dengan harapan semua pihak dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan sentiasa istiqamah dalam meneruskan perjuangan...

>>>dan kepada TS Muhyidin Yassin dan bosnya tidak merasa kecewa dengan langkah terbaru Pas Pusat ini,agar dapat meneruskan agenda pembangunan seperti yang dicanangkan walau di negeri-negeri yang Umno-Bn jadi pembangkangnya....


wallahualam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)