Cabang

Jumaat, 23 Oktober 2009

menunggu bajet istimewa untuk Perak...muktamar khas??

apakah gamaknya bajet istimewa yang akan dilambakkan
kepada negeri Perak menjelang pembubaran dun nanti???

setelah bermacam-macam 'insentif' yang cukup prihatin
telah disuap ke mulut rakyat Perak,termasuklah yang
terbaru dengan mengagihkan elaun bulanan kepada petani
dan nelayan disekitar Perak yang disuap secara tunai....
untuk menunjukkan keperihatinan mb haram kononnya
dialah yang membela nasib golongan susah....

bajet untuk Perak akan digunakan dengan semaksima mungkin
untuk menarik kembali sokongan rakyat Perak yang sememang-
nya sudah bosan dengan wayang-wayang kosong ini...

kita akan tengok petang ini samada najib akan terjun dengan labu
sayongnya....

Tok Guru Nik Aziz telah mencadangkan muktamar khas untuk
membincangkan perkara-perkara khusus samada dari segi
pengurusan pentadbiran dan kepimpinan Pas di semua peringkat...

dan janganlah ada pulak pihak yang tidak mengambil peduli
dengan cadangan ini kerana jika dibiarkan berlalu sepi akan
menyebabkan pendokong-pendokong Pas dan rakyat khususnya
bertambah celaru....

cadangan ini penting bukan hanya di peringkat pusat tapi hendaklah
dibuat seluruh negara kerana yang akan bekerja adalah rakyat
bukannya pemimpin sahaja...

demi kebaikan bersama muktamar khas ini adalah cukup penting....

dan janganlah dibiarkan labu sayong ini pecah sebelum dibawa belayar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)