Cabang

Ahad, 8 November 2009

Pas berjaya Kelate kaloh....

think tank sebenar Pas


Taman Melewar : Pas telah melakar sejarah gemilang sekali lagi kerana berjaya menghimpunkan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada berbagai latar belakang di semua peringkat organisasi parti untuk dibengkelkan. Bertitik tolak daripada saranan Tuan Guru Mursyidul Am Pas dan segera diuruskan Yb Salahudin Ayub merangkap Naib Presiden parti. Walaupun pada awalnya dijangka seminar khas ini akan berlangsung dalam keadaan 'panas' kerana pada sehari sebelumnya Prof. Aziz Bari telah memberi kritikan terbuka kepada pucuk pimpinan yang tertinggi iaitu Tuan Guru Presiden Pas. Kritikan yang boleh dianggap mencabar kredibiliti sebagai seorang ketua sebuah parti islam terbesar di Malaysia. Namun, hadirin yang hadir termasuklah wartawan dari seluruh negara dapat mendengar penjelasan secara terus daripada mulut pemimpin atasan hingga ke akar umbi termasuklah dua ahli panel utama yang mewakili pihak dari luar Pas. Prof. Aziz Bari dan Prof. Madya Abu Hasan Abdullah telah berjaya sekurang-kurangnya membuka minda hadirin dan rakyat malaysia khususnya tentang keterbukaan Pas untuk bermuhasabah diri bagi merungkaikan segala pertikaian terutama di kalangan ahli dan rakyat khususnya. Ini bukan kerana kecewa, tapi sebenarnya mereka sangat sayang dan cintakan sebuah parti yang suatu hari nanti akan dapat menggantikan Umno sebagai tunjang dalam mentadbir urusan negara.



Bukit Jalil : Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia telah berjaya dimenangi oleh pasukan 'Hoben Jang Hoben' selepas membenam pasukan 'Gomo Klate Gomo' dengan jaringan 3-1. Perlawanan yang dihadiri penonton sekitar 80 ribu orang menyaksikan pasukan Negeri Sembilan sebagai pasukan 'underdog' telah membuatkan penyokong Kelantan tergamam kerana mendahului 3-o sehinggalah di hujung perlawanan Indera Putra Mahyudin berjaya menjaringkan gol saguhati. Kerana kecewa dengan kekalahan, ada segelintir penyokong yang bertindak membaling mercun dan membakar kerusi sehingga menyebabkan seorang pegawai keselamatan tercedera di leher. Namun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan cepat dan betul. Jurulatih Kelantan yang juga bekas jurulatih kebangsaan mengulas punca kekalahan adalah disebabkan barisan pertahanan tidak berjaya mengekang kemaraan serangan dari pasukan lawan. Disebabkan juga ketumpulan barisan serangan untuk menggempur kubu Negeri Sembilan. Pemain-pemain Negeri Sembilan akan mendapat habuan besar seperti yang telah dijanjikan oleh Dato' Seri Mohd Hassan sekiranya berjaya membawa pulang Piala Malaysia.


nota kaki: Hadi Awang memberi perumpamaan bola sebagai asas dalam merangka strategi untuk bermain di gelanggang politik tanahair. Strategi mungkin sama tapi pendekatan jauh berbeza. Wisel telah berbunyi kalau masih terkial-kial sedangkan bola sudah di kaki, tersilap langkah nanti mungkin sepak ke gol sendiri.wallahua'lam

2 ulasan:

  1. pas tampak menuju kpd kematangan berpolitik..alhamdulillah seminar berjalan lancar dan berharap matlamat mmperkasakan pas dan pakatan rakyat bkn omongan kosong..buktikan pas mampu memimpin berteraskan islam serta keadilan sejagat ..ug adalah agenda halus umno..kite perlu fokus utk kuatkan jentera dan terus memenangi hati rakyat..umno nie mmg sk menangguk di air keroh..jatuh umno hidup rakyat islam dimartabatkan

    BalasPadam
  2. PAS berjayo kick blogger kickdefella yang mana dulu talibarut PAS sendiri (kira macam blog kau nila) Kelantan pula tersungkur dengan pukulan T-K-O (juga sama dengan PAS kena pukulan TKO di Bagan Pinang, N9)

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)