Cabang

Sabtu, 7 November 2009

Aziz Bari muntah di riba Hadi Awang ??


Menjelangnya seminar khas Pas, ramai yang ternanti-nanti apakah resolusi dan reformasi akan berlaku kepada batang tubuh Pas dan ahli-ahli khususnya?. Kalau nak dibincang,didebat dan dibahas dah jenuh. Kalau dalam sukan tinju, 50 pusingan kena lutu bukan setakat K.O silap-silap pengadil pun kena 'stroke'. Tapi Pas tetap berdiri teguh walau diasak dari berbagai penjuru, dari luar dan dalam parti, dari rakan kiri dan kanan, sehinggalah kepada tokoh akademik yang suatu ketika dikatakan menyebelahi Pas (PR). Kesannya secara tak langsung akan merebak hingga ke luar parti seterusnya akan meniti di bibir rakyat.

Bukan senang kita nak jemput orang yang tidak 'sebulu' dan baru saja beberapa hari telah membuat kritikan pedas, bertandang ke rumah. Disaksikan isteri dan anak-anak, juga tidak terlepas daripada jiran-jiran sehinggalah ke seluruh pelusuk kampung. Datang dengan diberi penghormatan sebagai VVVip, supaya memberi nasihat dan kritikan serta 'tunjuk ajar' bagi memperkukuhkan rumahtangga. Agar hilang kekusutan yang selama ini berlegar-legar di kepala anak dan isteri, berbincang secara berdepan dan hati ke hati. Andai katalah!

Belum pun sampai di halaman rumah kita, tetamu itu telah bertindak seperti orang terkena sawan memekik terlolong dengan mengulangi perkara yang sama. Padahal hanya beberapa langkah saja lagi untuk sampai ke muka pintu. (sini) dan (sini)

Apakah agaknya agenda yang akan dibentangkan oleh Prof. Aziz Bari dalam dewan nanti setelah beliau membuat 'warm up' yang berlebihan selang beberapa jam seminar akan bermula. Kalau diikutkan rentaknya, habis semua kena sembur. Tuan Presiden pun jadi sasaran, apalah sangat ahli bawahannya.

Semoga perjalanan seminar ini nanti akan berlangsung dengan keadaan muhibbah serta saling menyayangi antara satu sama lain. Semua ada memiliki kepakaran masing-masing untuk dikongsikan bersama. Penjelasan yang bernas beserta hujah yang kukuh akan dapat meyakinkan rakyat dan kepada yang hadir khususnya. Ini penting kerana masing-masing telah menyimpan perasaan yang terbuku untuk diluahkan di pentas seminar. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih kerana sekiranya tidak diselesaikan dengan cara baik, pertembungan ini akan merunsingkan kepala otak rakyat dan ditambah pula dengan mainan kotor musuh politik yang sentiasa mengintai peluang untuk membaham Pakatan Rakyat. Janganlah sampai nanti ada yang balik tanpa seurat benang di badan.


wallahua'lam dan selamat berseminar.

2 ulasan:

  1. salam, masalahnya ada lagi fraksi UMNo

    BalasPadam
  2. salam...
    fraksi akan ada sampai kiamat,termasuklah yang mengaku pas dunia akhirat...
    kita tunggu apakah resolusinya nanti,samada hadi awang akan membasuh jubahnya yang terkena muntahan itu atau membuangnya dan digantikan dengan jubah yang baru...wallahua'lam.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)