Cabang

Isnin, 14 Disember 2009

Akibat Semangat Nasionalisme Melampau@Itu Sebab Dia Jual Agamanya Dengan Nilai Dunia

Suatu ketika dahulu...

Pada malam Valentine 14 Feb, pada waktu anak muda bertukar-tukar bunga memadu kasih dataran seluruh Malaysia yang dicintai. Tiga saudara kita mati dipancung dalam kontena demi mempertahankan agamanya iaitu Islam...

Sehingga MAIS terpaksa diminta memandikan jenazah saudara-saudara kita yang 'syahid' itu. Ibrahim seorang pakar Geologi manakala isterinya Siti Sholehah, seorang pakar Botani serta anak mereka berumur lima bulan. Tanda-tanda 'syahid' terpancar di wajah mereka sehingga mereka dikebumikan di Bukit Kiara. Darah mereka tidak berhenti mengalir...

Sedangkan mereka telah beberapa kali membuat laporan kepada pihak Polis dan Majlis Agama Islam mengenai ancaman bunuh yang mereka terima sekiranya tidak kembali ke agama asalnya.....kita juga kurang peduli.

Dalam satu Hadis berbentuk futuristik, Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".

Sahabat bertanya 'apakah fitnah besar itu ya Rasulullah?'. Lalu jawab Nabi "fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petangnya Kafir, petang hari Islam, paginya Kafir balik".

Sahabat bertanya lagi "Mengapa begitu ya Rasulullah?" lalu dijawab Rasulullah "Sebabnya Dia Jual Agamanya Dengan Nilai Dunia".


nota kaki : jangan kerana semangat nasionalisme melampau sehingga menghilangkan roh Islam dalam peduli perihal saudara se-islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)