Cabang

Selasa, 1 Disember 2009

Che Det bersama kecerdikannya : Sayang atau Benci, Aku membesar di bawah pelukan mu


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka sependapat dengannya.


3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

selanjutnya di sini


Dalam keadaan banyak pihak memberi perhatian kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh 'Tokoh Islam Berpengaruh Di Dunia', tak semena-mena Tun Mahathir memilih untuk mengalihkan tekanan kepada Umno dengan melabelkan seluruh pemimpin dan ahli serta pengikut-pengikut hingga ke 'usus' mereka sebagai cukup 'jijik dan memualkan'.


Tak diketahui samada Tun cuba 'bermantik' dengan kata-katanya, ataupun beliau membuat serangan 'bom berangkai' terhadap pihak-pihak tertentu. Setelah melihat anak didik pewaris legasinya dimuncungsenapangkan dengan peluru yang sukar ditangkis.



Peluru yang dimaksudkan adalah 'senjata doa' dari orang-orang mukmin yang teraniaya. Dan antara orang yang teraniaya itu sendiri adalah Tuan Guru Nik Aziz serta Tengku Razaleigh Hamzah. Malangnya ada segelintir pihak tidak dapat menerima doa supaya Allah membuka pintu hati seseorang dalam membuat keputusan yang seadil-adilnya...cukup malang.



Dan peluru kedua yang ditakuti bagi 'penaja 1 M'sia' apabila kalangan Bukan Melayu mempertikaikan apa saja program yang menyentuh isu perkauman. Dengan sendirinya ia akan menidakkan 'usaha murni lagi suci' projek 1 M'sia khususnya dalam isu Biro Tata Negara. Apa idaknya, hanya selang beberapa hari kena kritik Kabinet bersepakat untuk mengkaji semula silibus B.T.N kononnya bagi memenuhi inspirasi 1 M'sia yang pada mula sungguh-sungguh mempertahankannya.



Namun, penulis juga menghormati luahan hati Tun kerana beliau cukup arif dengan situasi dalaman Umno Dulu Kini dan Selama-lamanya. Daripada membiarkan 'anak didik' beliau keseorangan menangkis (memang lumrah Umno makan ramai-ramai, bila tercirit sorang-sorang) lebih baik disemburkan ke seluruh tubuh Umno (baru). Pandai-pandailah, hanya yang licik akan berjaya menyusup keluar dan terus membiak spesies yang serupa.



Berjayakah 'anak didik' beliau melepaskan diri ?? tepuk bahu tanya rakyat!!!




nota kaki : Tuan Guru Nik Aziz pernah memuji tentang kecerdikan beliau suatu ketika dulu, malangnya beliau kurang menggunakan kecerdikannya untuk membangunkan Islam di Tanahair tercinta ini...wallahua'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)