Cabang

Jumaat, 4 Disember 2009

Mayat Pemuda Berulat Di tepi Jalan


Berita Satu



IPOH: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian kepala di Jalan Ipoh-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alis berkata hasil maklumat orang awam, polis menemui mayat tersebut dalam keadaan terbaring, kira-kira 40 meter daripada jalan raya.Mayat itu berpakaian lengkap dan tiada sebarang pengenalan diri ditemui, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya berdasarkan bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan di kepala dan mangsa dipercayai dipukul dengan objek tajam.
"Kita percaya mayat tersebut sudah berada di kawasan semak itu sejak enam hari lalu dan telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan berkenaan", katanya.

Azisman berkata mangsa dipercayai berketurunan India dan berusia dalam lingkungan 20-an.Katanya sehingga hari ini belum ada waris atau saudara mara yang membuat laporan berhubung kehilangan lelaki itu. BERNAMA


Berita Dua


CHENDERONG BALAI - Seramai 149 pesawah yang mengalami kerugian akibat banjir pada 2007 lalu menerima wang ihsan bencana banjir sawah padi di kawasan Sungai Manik dan Labu Kubong dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM259,948.40 melibatkan 237.6 hektar tanaman padi.

Salah seorang penerima, Sufian Mohamad, 33, berkata, dia tidak menyangka akan menerima bantuan itu kerana kejadian bencana itu sudah setahun berlalu. Dia yang menerima wang ihsan paling banyak berkata, kerugian dialaminya begitu banyak melibatkan 22 hektar tanaman padi musnah akibat banjir.

“Saya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang memberikan wang ihsan kepada petani walaupun sebelum ini mereka banyak membantu daripada pelbagai aspek. “Memang saya fikir tidak akan dapat bantuan ini kerana sudah terlalu lama, tetapi kerajaan tidak pernah lupa untuk membantu rakyatnya,” katanya kepada media selepas menerima cek wang ihsan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Wang Ehsan Bencana Banjir Sawah Padi Kawasan Sungai Manik dan Labu Kubung di Pusat Kemajuan Peladang Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong, semalam.
SinarHarian



nota kaki : semakin dijaja soal keamanan dan kemakmuran Negara, semakin hilang nilai nyawa rakyatnya. semakin banyak bala yang menimpa rakyatnya, semakin banyak 'ihsan' yang akan diperolehi. mungkin bajet 20 minit, ianya menjadi 'ihsan' atau 'royalti' Kelantan yang di 'ihsankan' kepada Kerajaan Perak. tahniah kepada rakyat kerana anda memang berhak dari dulu, kini dan selamanya. wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)