Cabang

Khamis, 10 Disember 2009

Mat Navy@Peragut Kantoi Di Depan Mangsa...

Sitiawan-10/12/09: Dua orang peragut yang sangat dikehendaki polis akhirnya tumpas setelah berjaya meragut seorang wanita di Bandar Sitiawan dalam tempoh 24 jam. Mangsa telah membuat laporan polis awal pagi tadi bagi memudahkan beliau membuat tuntutan buku akaun dan sijil simpanan tetap di sebuah bank terkemuka di Bandar Sitiawan. Setelah membuat laporan di bank, beliau kembali selepas beberapa jam untuk menyerahkan beberapa dokumen keperluan bank.

Ketika berada di kaunter, wanita itu telah mengecam wajah peragut yang sedang berurusan untuk pembukaan akaun simpanan. Selepas peragut beredar dari bank wanita berkenaan bersemuka untuk menutut dokumen-dokumen penting beliau. Namun, peragut tadi berkeras malah mengugut untuk mengambil tindakan kerana memalukan beliau di depan khalayak lalu memecut kenderaan dengan laju.

Mangsa dengan segera menghubungi polis untuk memberi maklumat terbaru berhubung kes beliau. Polis telah menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat butir-butir peribadi peragut bagi mengesan mereka. Setelah disiasat didapati peragut adalah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Pengkalan Lumut. Difahamkan suami mangsa juga bertugas sebagai anggota TLDM Lumut berpangkat Pegawai Waran Satu.


nota kaki : sepandai-pandai Mat Navy belayar akhirnya karam bersama KD Inderapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)