Adun Changkat Jering dan Behrang yang pada mulanya telah disabitkan dengan rasuah wang dan habuan seks menjadi senyap setelah memilih untuk khianat pada rakyat di kawasan masing-masing yang telah memilih mereka.
Surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga Adun itu secara sukarela dan mereka mengesahkannya tapi tidak terpakai kerana tidak bertarikh.
Sungguh tragis apabila kesemua Hakim yang mengadili kes ini tidak langsung mempertimbangkan perkara-perkara penting yang terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak bagi mendapatkan ‘keabsahan’ terbentuknya sebuah Kerajaan yang dipilih rakyat.
Antaranya :
1. Seorang Menteri Besar tidak terlucut jawatannya melainkan beliau meletakkan jawatannya secara sukarela (walau diarahkan berbuat demikian oleh Baginda Sultan Perak).
2. Tidak sah pelantikan seorang Menteri Besar yang baru melainkan Menteri Besar yang sebenar telah meletakkan jawatannya secara sukarela.
3. Usul Undi Tidak Percaya tidak pernah dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri secara sah.
4. Dun perlu dibubarkan setelah mendapat perkenan Sultan hanya melalui usul yang dibawa oleh seorang Menteri Besar setelah melihat keselamatan Dewan Undangan Negeri tercabar.
Demi menghormati segala keputusan Mahkamah dan Rakyat yang memilih, semua pihak harus berlapang dada serta tidak membuat sebarang cubaan untuk menggangu keamanan Negeri Perak yang sangat kita cintai ini. Bahawasanya ;

Tiada ulasan:
Catat Ulasan