Cabang

Jumaat, 5 Mac 2010

Lagi Tanda Kiamat Sudah Dekat..Rosmah Tidur Lagi!



Putrajaya,persint 15 : Tindakan Dato' Seri Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Timb. Presiden MCA memberi kejutan luar biasa pada prestasi parti komponen Barisan Nasional. Walaupun tindakan beliau telah diduga oleh sesetengah pihak,namun pengaruh yang dimiliki oleh Dato' Seri Chua membuatkan mereka 'terkancing gigi' untuk bersuara.


Dalam situasi semasa yang nampak seperti 'memberi' kelebihan kepada Umno, Dato' Chua telah bertindak merencatkan perancangan Umno dan Barisan Nasional untuk berada pada situasi selamat dalam menghadapi asakan rakyat.


Perletakan jawatan ini diikuti oleh 7 CC MCA yang lain menyebabkan hilang 2/3 kepercayaan ajk (CC) setelah 13 ajk yang lain telah bertindak demikian sebelum ini. Sebaliknya, berlaku pertambahan kerusi parlimen bagi mencapai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.


Mengulas kepada perletakan jawatan itu, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memberi kata positif dengan tindakan Dato' Chua demi mengukuhkan parti. Walaupun bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Najib sebagai Pengerusi BN, supaya MCA cuba selesaikan masalah dalaman mereka sendiri.


juga ada berita di sini


nota serpih : Tan Sri Muhyidin memberi isyarat kepada ahli-ahli Umno supaya jangan terkejut sekiranya beliau bertindak mengikut Dato' Chua meletakkan jawatan bersama MT Umno yang lain seterusnya mencabar kedudukan Dato' Najib. Ini juga adalah tindakan wajar agar Umno dapat mengukuhkan kedudukan kerana Skandal Dato' Najib dan Datin Rosmah telah membusukkan Malaysia di mata dunia. Kalau beginilah seterusnya,dunia masih selamat tapi Umno yang Kiamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)