Cabang

Jumaat, 2 April 2010

Doa Keselamatan Anak - Mohd Redzuan Abdullah

IPOH 01.04.10 : Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini telah menangguhkan permohonan saudara Mohd Ridzuan Abdullah bagi penjagaan anak bongsunya daripada bekas isteri yang beragama hindu. M.Inderani yang diwakili peguam M.kulasegaran telah mengemukakan hujah petang tadi.

Hakim juga telah mengarahkan Mohd Redzuan untuk menyerahkan anak bongsu mereka untuk dijaga oleh Puan M.Inderani sementara menunggu tarikh perbicaran yang akan ditetapkan kemudian.Kes ini telah menjadi pertikaian sekian lama selepas Mohd Redzuan mengisytiharkan dirinya sebagai islam dan mahu terus menjaga anak-anak beliau kerana isterinya masih setia beragama hindu.

Namun isteri beliau tidak mahu melepaskan dua lagi anak mereka di bawah jagaan Mohd Redzuan dan mengakui anak-anak itu telah kembali mengamal ajaran hindu. Sekiranya hakim memutuskan sebaliknya nanti,Mohd Ridzuan telah kehilangan semua anak kesayangannya untuk hidup sebagai islam.

**ulasan Dr Aziz Bari mengenai penjagaan anak kepada bukan islam-arkib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)