Apa dah jadi dengan Suruhanjaya Pilihanraya nih?
Rakyat yang bayar upah buat kerja, kerjalah untuk rakyat. Bukannya jadi alat mainan Umno-Apco untuk mereka berkuasa meneruskan kezaliman demi kejahatan di muka bumi bertuah ni...
Secara tak langsung SPR yang majoritinya adalah pekerja melayu-islam telah mencemarkan nama baik islam itu sendiri sehingga sanggup menjalankan kerja-kerja 'syaitan'. Kalau kepala SPR makin melantong hangit,apalah nak diharapkan dengan ekor-ekornya....
Setelah berpuluh tahun Umno melakukan pengkhianatn kepada rakyat dan melayu khususnya, penggunaan duit,media dan jentera rakyat dipergunakan sesuka hati macam harta 'mak bapak' mereka sendiri. Rakyat semakin celik dengan maklumat, Umno-Apco terdesak menggunakan SPR untuk terus berkuasa...
Dalam perkara-perkara penting demi memastikan ketelusan proses pilihanraya, SPR sering berdolak dalih memberi seribu alasan termasuklah kononnya akta pilihanraya tidak membenarkan. Penggunaan dakwat kekal, akses media, pembersihan daftar pemilih dan mansuhkan undi pos masih tidak dikemaskini oleh SPR, malah makin menampakkan 'kedajalannya'...
Setelah tidak berjaya mendapat sokongan 2/3 di parlimen bagi melakukan persepadanan semula seperti yang ditunjukkan pada 2004, SPR terus jadi kuda tunggangan Umno-Apco. Pada 2004, Umno-Apco telah memecah belahkan pengundi-pengundi di setiap kawasan demi meneruskan tipu muslihat mereka untuk terus menang dalam pilihanraya. Malangnya, penambahan kerusi di parlimen hanya tertumpu di kawasan majoritinya yang bukan melayu....sehingga tiada berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Mana-mana parti yang menang baik BN atau PR, kerusi MP melayu menguncup...Hidup Layu!
Kerja-kerja iblis anak setan terus dilipat gandakan untuk memenuhi tembolok memasing. Setiap hari mereka bersidang untuk mencari idea(helah) walaupun bercanggah dengan etika sebuah badan bebas.
TUNTUTAN BERSIH YANG BELUM DIBERSIHKAN :
Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama pengundi yang meninggal dunia,sudah berpindah ke lokaliti lain, nama pengundi berumur di bawah 21 tahun, pertindihan nama di lokaliti berlainan dan pengundi baru yang beralamat palsu.
Pemansuhan undi pos supaya pengundi-pengundi dapat mengundi tanpa tekanan.
Penggunaan dakwal kekal supaya pengundi tidak boleh mengundi lebih daripada sekali termasuklah undi bagi pihak lain.
Akses media massa perlu diberi sama rata supaya rakyat dapat menilai kesemua calon yang bertanding.
Dalam situasi pilihanraya di Hulu Selangor, amat malang peranan Mafrel (pemantau pilihanraya) telah dihapuskan oleh kerajaan. Walaupun laporan demi laporan telah dibuat, SPR masih tetap dengan kerja-kerja jahat mereka dalam mempertahankan Umno-Apco.
Kehadiran terlalu ramai pasukan polis di sekitar Hulu Selangor baik yang beruniform atau preman telah memberi tekanan kepada penduduk setempat melakukan aktiviti kempen. Banyak kempen Pakatan rakyat dihalang tetapi kempen Umno-Apco terus diberi layanan istimewa walaupun penuh dengan fitnah dan dusta yang sering diulang-ulang.
Taktik pemindahan nama pengundi telah dilakukan secara sistematik untuk mengurangkan undi kepada Pakatan Rakyat. Dengan berpandukan statistik keputusan pilihanraya yang lepas SPR dan dibantu penyelaras unit peti undi Umno-Apco, mereka memindahkan nama pengundi ke kawasan parlimen berdekatan supaya majoriti yang menyokong Pakatan rakyat akan merosot dan ada pula nama pengundi yang dibuang terus dari daftar.
SPR telah banyak membantu kemenangan Umno-Apco untuk terus memerintah walau semakin hari rakyat semakin muak dan benci dengan Parti talibarut yahudi laknatullah ini......akan disambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan