Cabang

Isnin, 26 Julai 2010

Lagi Lama Lagi Merapu....Baik Cabut!


Saranan ikhlas kepada seluruh pemimpin politik dan pemimpin agama yang tidak lagi bersungguh-sungguh memberi khidmat seperti yang di amanahkan, eloklah mengikut jejak langkah ‘selebriti’ dunia bolasepak ini…untuk hari tua anda !

Walaupun berpuluh tahun mereka telah dipilih rakyat di dalam pilihanraya ‘paling bersih’ di dunia, nampak semacam tiada perubahan besar yang dapat dinikmati rakyat khususnya orang melayu dan islam…bahkan semakin celaru mencari identity sendiri konon di bumi sendiri.

Termaktub dalam perlembagaan fasa 153 yang secara terang memberi perhatian terhadap keistimewaan melayu dan islam dalam beberapa perkara tetapi sehingga kini pemerintah yang berkuasa melalui federal dan negeri masih terkial-kial dalam mencari formula untuk membela melayu dan islam…

Hari-hari canang,hari-hari melabun dengan memainkan sentimen bangsa dan agama hanya untuk sokongan mendapat kuasa…


Ataupun mengaku saja lah tiada lain yang dapat dijadikan rujukan dalam soal perpaduan agama, bangsa dan Negara melainkan mengikut dasar-dasar Islam. Walaupun suatu ketika Tan Sri Sanusi Junid pernah membuat kejutan dengan rancangan projek tanaman padi di atas bumbung dan menganjurkan pertandingan mencabut uban di Kedah…

Tapi setelah lama meninggalkan kerja-kerja untuk Umno, akhirnya ada baik juga beliau untuk rakyat Malaysia…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)