Cabang
Selasa, 27 Julai 2010
Nasib Ada Pak Haji... Mas Bisa Hidup Lagi.
PENERBANGAN Malaysia (MAS) terus diberikan kepercayaan oleh Tabung Haji untuk menyediakan penerbangan khas jemaah haji bagi musim 2010 dan 2011.
Kontrak penerbangan sewa khas haji untuk tempoh dua tahun itu bernilai lebih RM200 juta dan akan dimeterai Khamis ini.
Penolong Pengurus Besar (Perkhidmatan Sewa Khas dan Haji) MAS, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, berkata bagi keselesaan jemaah haji, MAS akan menggunakan dua pesawat B747-400 untuk semua 196 penerbangan sepanjang musim haji berkenaan.
Katanya, pergerakan 14,000 jemaah Malaysia ke Arab Saudi tahun ini akan dirancang dengan teliti meliputi penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu, manakala di Arab Saudi pula dari Jeddah dan Madinah.
Beliau berkata, bagi tahun ini, pihaknya menambah baik pergerakan jemaah dari kawasan utara dengan menyediakan empat pesawat perantara dari Alor Star ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah.
Bagi MAS, kami melihat setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji sebagai tanggungjawab sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa terlalu berkira mengenai keuntungan.
Malah walaupun selepas perjanjian dimeterai, kami bersedia membuka ruang untuk berbincang dengan Tabung Haji bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menyelaras kembali harga tambang jika berlaku penurunan harga minyak bagi mengurangkan beban Tabung Haji mahupun jemaah, katanya kepada Berita Harian selepas majlis menguji cuba menu untuk penerbangan haji di Sepang, minggu lalu.
Syarikat penerbangan kebangsaan itu memulakan operasi penerbangan haji dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 1 April 1974 sehingga 1997, sebelum kontraknya diambil alih Transmile Air dan AirAsia.
Namun pada 2003, MAS menyambung semula penerbangan haji itu sehingga musim haji 2009 menerusi kontrak dua tahun.
Nik Huzlan berkata, MAS tidak boleh terus berasa selesa walaupun selepas memperoleh kontrak itu berikutan berhadapan dengan persaingan sengit daripada syarikat penerbangan lain yang juga berminat dengan kontrak itu.
Katanya, pihaknya perlu sentiasa mencari ruang untuk menambah baik perkhidmatan bagi memastikan kelangsungan operasi sewa khas penerbangan haji selepas tempoh dua tahun akan datang.
BHOnline
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan