Cabang

Selasa, 24 Ogos 2010

Alih-alih nama YDP AGONG dijaja Umno...yang sudah tu sudah lah!


"Sidang jumaat yang dikasihi Allah sekalian, khatib juga berpesan kepada diri khatib sendiri supaya kita berwaspada dengan aktiviti-aktiviti hiburan yang melampau seperti 'Pesta Laut Lumut' yang saban tahun membawa kepada keruntuhan nilai akhlak anak muda-mudi kita. Tidakkah kita rasa bersalah membiarkan anak-anak muda kita balik lewat malam, apatah lagi terus bermalam di pantai Teluk Batik sampai ke pagi hari".



"Lebih merisaukan khatib ialah anak-anak muda kita sudah berani mabuk di khalayak ramai tanpa segan silu lagi di sekitar pantai. Mereka boleh mendapatkan arak secara mudah di sekitar blok-blok khemah yang diluluskan oleh 'pihak berkuasa'dengan hanya membeli token untuk 'menikam' arak. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin kita supaya dengannya dapatlah melembutkan hati-hati mereka membatalkan terus 'Pesta Laut Lumut' diadakan di kawasan kita".



Petikan ucapan khutbah di atas pernah didengari penulis ketika bersolat jumaat di Masjid Simpang Empat Sitiawan di sekitar awal 90-an. Dari riak mukanya(baca penulis), Khatib pada ketika itu bersungguh-sungguh dengan keinsafan untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi membenteras gejala-gejala sosial daripada berleluasa.....


Orang yang hendak didoakannya adalah 'mungkin' YDP Majlis Daerah, Jaip, Exco, Menteri Besar, Menteri Agama dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Mahathir Mohamed. Semuanya mengaku Islam dan sudah tentu 'solid' kemelayuannya....

Tiada kena mengena dengan Ling Liong Sik, Samy Vellu, Lim Keng Yeik mahupun Mendiang G. Pandithan....


Tapi apa yang telah berlaku, Khatib tersebut digantung dan seterusnya diberhentikan tanpa memberi alasan yang kukuh walaupun khatib itu tidak meninggalkan barang satu rukun berkhutbah. Bila mengenangkan peristiwa bersejarah yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari melibatkan salah seorang Tok Guru penulis iaitu Ustaz Zakaria Ahmad, hati penulis semakin runsing dengan tindak-tanduk beberapa pemimpin Umno yang seperti telah kehilangan akal.


Bukan kerana siapa-siapa sebenarnya, tapi yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno menjadi 'tidak keruan' kerana tidak berjumpa ayat dalam kitab hadhari mereka seperti yang telah terdapat berkurun lamanya di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi...


Nak kata sesat, oleh penulis 'reserved' dulu, senang cerita dah tahap 'gila babi'.....ameen. (penulis juga sentiasa berdoa)


berkaitan BagindaReformasi

2 ulasan:

  1. UMNO pernah ulas mengenai dasar sebuah parti politik yang dikatakan mempergunakan ugama untuk meraih sokongan. Perkara isu khutbah Jumaat yang jadi heboh kebelakangan ini tidak memainkan isu agama yang berkait dengan perkamankah?

    BalasPadam
  2. UMNO menerusi media Utusan Malaysia membangkitkan isu khatib ganti nama YDP Agong dengan nama Lim Guan Eng. kalau ini isunya, memang tak patut bagi umat Islam dan Melayu.

    Persoalannya pula ialah, isu ini berkaitan khatib tidak menyebut nama YDP Agong secara jelas. Tapi khatib ada mendoakan semua umat Islam. Guan Eng didoakan semoga sejahtera dan boleh dpat hidayah masuk Islam.

    Tapi sekarang, isu dah jadi melalut, konon UMNO kata inilah PAS (sebenarnya bukan pAS tapi khatib) yang buat. Boleh jejas perkaumanlah, jejas agamalah. UMNO cuba mendapatkan merit daripada perbuatan khatib untuk burukkan PAS dan kerajaan negeri PP. Saya rasa tak adil. Kalau mahu bagi tau kesalahan, terus cakap kesalahan dibuat khatib bukan tarik nama YDP Agong, PAS dan pemimpin negeri. Kalau kita baca dan faham secara rasional, UMNO ada usaha untuk dapat kepentingan politik daripada perbuatan peribadi seorang khatib. PAS, Lim Guan Eng, Majlis Agama Ngeri, semuanya tak suruh khatib tu buat macam itu!

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)