Cabang

Ahad, 15 Ogos 2010

Pemimpin Umno Tiada Risiko Barah Otak ??


Sitiawan : Kerajaan Umno Barisan Nasional yang telah diberi peluang secara sah atau 'haram' dalam mentadbir negara ini masih terkial-kial mencari solusi untuk membendung kes-kes jenayah sosial yang merupakan 'bala' besar Allah. Lagi banyak perancangan dan pembaharuan yang dibuat menteri-menteri mereka, lagi besar masalah yang timbul. Menterinya yang silih berganti.

Sebenarnya, bagaimana mungkin orang yang telah terpalit dengan 'masalah mental' dapat memulihkan penyakit yang melibatkan rohani dan spritual. Allah telah menggariskan beberapa panduan di dalam Al-Quran secara terperinci bagi menyelesaikan segala masalah sehingga kiamat. Namun, pemimpin Umno tetap menggunakan 'logik akal' mereka semata-semata.

Solusi dangkal mereka semuanya tidak menyentuh perkara asas yakni cara untuk membendung penzinaan ( persetubuhan haram a.k.a kamus Umno). Dari satu kempen ke satu kempen mereka menjaja ke seluruh pelusuk kampung, dari kempen kondom sehinggalah kempen untuk membina 'sekolah mengandung' di Jasin. Selagi mereka 'alergic' dengan Al-quran selagi itulah rakyat terus hidup bergelumang dengan jenayah sosial dan dosa yang diwarisi daripada pemimpin mereka.

Apa pulak kata
Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Tetuan Karpal Singh tentang isu ini ?

Walau penulis sendiri banyak yang tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal dalam banyak perkara terutama melibatkan undang-undang Islam, tapi sekurang-kurangnya dalam isu kes buang bayi ini beliau sudah ada kecenderungan mengakui kehebatan Islam. Walaupun pergerakannya terbatas tapi otaknya tidak sebeku pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku lebih melayu dan kuat islamnya.

nota kaki : Tahulah sudah kenapa pemimpin-pemimpin Umno tiada risiko barah otak kerana mereka sendiri memang TIADA OTAK...

Najib dan Hisham jangan ulang kelemahan ayah masing-masing- Subki Latif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)