Cabang

Ahad, 1 Ogos 2010

PRU 13@Kiamat sudah dekat....


Rejim Umno-Apco terpaksa bertindak ala ‘desparado’ untuk menghadapi kebangkitan rakyat di seluruh Negara. Mereka semakin hilang akal(lembu) bila melihat secara terang penghormatan yang rakyat beri selama ini (hanya Umno yang layak memerintah) tidak diendahkan lagi.


Malah, penyokong-penyokong tegar@taksub mereka semakin menjauhkan diri dan segelintir daripada mereka sudah berani mencabar kedudukn yang tertinggi. Terkini, Umno terpaksa menggunakan ‘anjing’ suruhan mereka bagi menghalang rakyat menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Rengit dan Seberang Perak.



Dengan kawalan 100% ke atas Media, Duit dan Jentera Kerajaan yang berlarutan sekian lama, Dato’ Najib masih menghadapi jalan buntu walaupun telah mendapat nasihat Apco untuk memulihkan imejnya…



Tapi Awas! Rejim Umno-Apco memiliki banyak tipu daya untuk meneruskan kejahatannya di bumi Malaysia ini. Mereka tidak akan biarkan kuasa dan kemewahan yang mereka kecapi selama ini terlepas begitu sahaja.


Kepimpinan BN Semua Peringkat Perlu Transformasi - TPM

KUALA LUMPUR: Senario politik masa kini serta perubahan dalam lanskap politik negara sejak pilihan raya umum Mac 2008 menuntut kepimpinan Barisan Nasional (BN) daripada semua peringkat untuk melakukan suatu perubahan yang ketara serta proses transformasi yang boleh diterima rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika ini gagal dilakukan oleh kepimpinan BN, maka parti itu akan menghadapi masalah menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kalau itu tidak kita lakukan dalam tempoh yang agak segera...maka pasti bila menjelang pilihan raya akan datang kita akan menghadapi masalah agak besar (yang boleh) mencabar keutuhan kuasa politik," katanya pada majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Kebangsaan (Mubarak) Malaysia di sini malam Sabtu.

Majlis makan malam ini yang turut dihadiri oleh isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman diadakan sempena Perhimpunan Agung Mubarak ke-7 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata situasi hari ini adalah berbeza dari segi mengurus parti dan kerajaan kerana rakyat kini banyak membuat penilaian serta pertanyaan terhadap dasar-dasar dan tindakan yang dibuat kerajaan.

Menurutnya, jika transformasi besar yang diharapkan rakyat mampu dilaksanakan dengan jayanya, maka BN dapat mempertahankan sokongan rakyat di masa akan datang.

Muhyiddin berkata cabaran politik hari ini yang merupakan rentetan daripada tsunami politik yang melanda pilihan raya umum lepas adalah amat besar, lebih-lebih lagi dengan pendedahan terhadap maklumat-maklmat terkini di dalam mahupun di luar negara, terutamanya di kalangan anak-anak muda.

Katanya, dengan mindset baru di kalangan anak-anak muda ini, maka wujud tuntutan yang memerlukan urusan dan pentadbiran kerajaan serta hal ehwal parti dilakukan dengan lebih efektif dan telus.Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)