Cabang

Selasa, 10 Ogos 2010

Tazkirah 1 Ramadhan...Pembohong!



Robot pengesan bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang. "Kamu dari mana?" tanya Samad.

"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!

"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".

"Cerita apa?

"Cerita Papadom ayah".

*PLANG* Robot tu tampar lagi.Kuat pulak tuh.

"Katakan dengan jujur cerita apa?!"

"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".


Mendengarkan itu marahlah Samad. "Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata...
"Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG**PLANG**PLUNG**KUPP* Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...

dan semua terdiam...???



nota 1 Ramadhan:- Cerita pasal bohong nih…memang payah nak buang,secara sedar ataupun tidak, tambah-tambah dalam bulam Ramadhan Al-Mubarak ni….

Perut lapar, tekak kering akal nak membelit tetap berjalan lancar hah…malah lagi kuat putar alam. Selalulah baca Al-Quran agar hati jadi lembut dan tidak mudah goyah dengan godaan Setan, Iblis, Jin, Hantu dan seumpamanya..termasuklah perompak harta rakyat 24 jam.

Kengkadang kerana nak jaga hati, tapi rupanya sampai ada yang termakan hati berulam jantung…Bohong sunat le tuh.

Kalau dah suka membohong mula lah buruk sangka pulak, tak habis-habis fikir yang bukan-bukan tentang rakan sekeliling apatah lagi ada yang sanggup putus hubungan dengan darah daging sendiri..na’uzubillahi min zaalik

Ini baru robot ciptaan manusia, macamana pulak ‘robot’ ciptaan Allah di kiri dan kanan kita yang mencatit setiap perbuatan amal ma’aruf dan mungkar yang kita lakukan. Bukan setakat pelempang penumbuk ‘robot’ tu bagi kat kita tapi sampai hancur luluh badan kita dibuatnya nanti sekira amal timbangan tidak memenuhi KPI yang Allah tetapkan...Subhanallah.

Sama-sama lah kita doakan agar di bulan Ramadhan ini seluruh umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dapat memperkuatkan saf@jamaah dengan penuh ketaqwaan kepadaNya. Tiada alasan untuk bergerak pasif ketika berhadapan dengan kemungkaran yang semakin membimbangkan.

Sesungguhnya di bulan Ramadhan inilah Allah telah banyak kali memberi peluang kepada kita menikmati keberkatan dan kemuliaan Ibadah sebulan agar dapat dipraktikkan setelah meninggalkan Ramadhan. Ianya hanya dapat dirasai kepada mereka yang benar-benar yakin dengan janji Allah.

Salam Ramadhan Untuk Semua…Tazkirah ini juga untuk diri penulis sendiri.wallahua’lam.bsb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)