Cabang

Jumaat, 17 September 2010

1 Hari Najib....Jenayah menjadi-menjadi

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan pemimpin serta rakyat di Sabah dan Sarawak untuk sama-sama membentuk negara Malaysia adalah langkah bijak yang menyaksikan perubahan yang ketara di kedua-dua negeri berkenaan dari segi pembangunan.

Beliau bagaimanapun mengakui perjalanan yang dilalui untuk membentuk gagasan Malaysia bukan sesuatu yang mudah kerana ia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk tuntutan Filipina terhadap Sabah dan konfrontasi dengan Indonesia berikutan pembentukan Malaysia.

“Apabila tuntutan yang dibuat oleh Filipina pada masa itu (terhadap Sabah) tidak jadi kenyataan kerana pendirian kita pertahankan kedaulatan Sabah dalam Malaysia dan apabila Indonesia lancarkan konfrontasi dengan Malaysia di Sabah; rakyat dari Semenanjung dan Sarawak bertumpah darah di Sabah untuk pertahankan kedaulatan negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2010, di Padang Merdeka, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, serta Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Najib berkata, begitu juga dengan keadaan sebelum pembentukan Malaysia yang mana bukan mudah, dan sejarah menyaksikan pemimpin di kedua-dua negeri ketika itu berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat, sehinggalah Suruhanjaya Cobbold dibentuk.

“Perjalanan bukan mudah untuk sampai kepada tarikh keramat 16 September kerana sebuah Suruhanjaya Cobbold kemudiannya dibentuk, dan Almarhum Tunku Abdul Rahman serta ayahanda saya Tun Abdul Razak memainkan peranan untuk meyakinkan rakyat Sabah dan Sarawak masa depan mereka akan lebih terjamin, kemakmuran jadi kenyataan kalau merdeka dalam gagasan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, usaha meyakinkan rakyat Sabah dan Sarawak itu menyaksikan lebih 80 peratus bersetuju supaya Sabah dan Sarawak merdeka dalam pembentukan Malaysia.

“Hikmah ini dapat dilihat dari mula sampai sekarang terutama dari segi perubahan, dari segi pembangunan, sudah dapat dilangsungkan hingga ke hari ini dan dapat dilihat bahawa Sabah membangun begitu pesat di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman,” katanya.

Najib berkata, bagi Kerajaan Pusat, kesinambungan untuk membela rakyat Sabah akan sentiasa diteruskan.

Beliau seterusnya merujuk kepada RM6.1 bilion yang diperuntukkan untuk Sabah di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), khusus bagi melaksanakan program-program pembinaan jalan, elektrik, air, rumah untuk orang miskin, yang tidak termasuk peruntukan untuk program serta projek lain.

“Semua ini bertujuan supaya rakyat Sabah akan mengecap nikmat merdeka, supaya Sabah dan Sarawak membangun seiring dengan kemajuan yang dicapai di Semenanjung. Insya-Allah dalam masa beberapa tahun akan datang, ini akan menjadi kenyataan, kerana rakyat Sabah memilih Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang komited untuk memaju dan memakmurkan negeri Sabah,” katanya. - Bernama


nota cuti 1 Hari cuti Najib : boleh pulak tu puji kecekapan polis dalam kes soosilawati,bila dah mati....patutnya puji polis kalau mereka jaga keselamatan soosilawati,kalau betul orang yang disyaki telah banyak kali melakukan jenayah bersiri,ramai yang telah terbunuh,baru nak bertindak...polis sibuk jaga keselamatan pemimpin yang RASUAH sehingga mengabaikan keselamatan rakyat. adakah mungkin suatu kebangkitan kaum india setelah peristiwa 13 May 69 telah dimainkan sentimen anti-cina,cina pulak yang berjaya pada hari ini...yang tertinggal adalah melayu yang terus memberi sokongan kepada Umno????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)