Cabang

Ahad, 24 Oktober 2010

Tun Mahathir Lawat Anak Kuda Jantan Di Langkawi.


LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakin sukan berkuda mampu menjadi produk pelancongan yang dapat menarik minta pelancong berkunjung ke pulau bebas cukai ini.

"Usaha pembiakan kuda di Langkawi amat berjaya dengan jenis terbaik yang diiktiraf masyarakat berkuda di dunia," katanya ketika melawat ladang kuda Island Horses di Telaga Tujuh, hari ini.

Di situ, beliau turut meninjau seekor anak kuda yang baru seminggu dilahirkan yang diberi nama SW Al Ashraqul Jazirah Albariq.

Ladang berkenaan yang beroperasi sejak 2003 kini mempunyai 44 kuda.

Mengulas Langkawi Geopark, Tun Mahathir berharap promosinya dipertingkatkan untuk merancakkan aktiviti kunjungannya yang agak kurang. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Pulau Langkawi cukup dikenal dikalangan orang orang Indonesia yang senang travelling.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)