Cabang

Jumaat, 12 November 2010

Dua-dua polis tembak....


SHAH ALAM – Dua anggota polis melepaskan tembakan pada malam kejadian kejar dan tembak kereta Aminulrasyid Amzah di Seksyen 11, di sini, April lalu.

Pegawai Penyiasat Forensik polis, Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob berkata, beliau diberitahu mengenai perkara itu dalam siasatan lanjut kes terbabit dua hari selepas kejadian.

Menurutnya, beliau menyiasat arah tembakan itu dilepaskan dengan mencari serpihan dan anak peluru bermula dari Bulatan Kayangan hingga ke Jalan Tarian 11/2G iaitu tempat mengikut pertuduhan Koperal Jenain Subi didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Jenain, 48, dituduh menyebabkan kematian mangsa, 15, di jalan itu antara jam 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Sebelum ini, keterangan pakar kimia senjata api, Shaari Desa mengesahkan tembakan dilepas dua sub-mesingan Heckler & Koch MP5 didaftarkan atas nama Jenain dan seorang lagi anggota peronda pada malam kejadian itu, Konstabel Mohd Izham Mahayadin.

Menurut pakar itu, sebanyak 13 kelongsong peluru yang dianalisis sepadan dengan senjata digunakan Jenain pada malam kejadian manakala tiga lagi kelongsong peluru yang dikatakan ditemui di sekitar jalan antara Bulatan Kayangan ke Jalan Tarian pula sepadan dengan senjata yang digunakan Mohd Izham.:

Dalam sambung bicara semalam, Mazli, 32, semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setelah melakukan pencarian dari Bulatan Kayangan hingga ke Jalan Tarian, beliau menjumpai sejumlah 15 kelongsong peluru manakala dua serpihan anak peluru bertaburan antaranya atas jalan tar, dalam longkang, atas rumput dan tepi jalan.

Menurut Mazli, maklumat awal dalam siasatannya mengatakan, pelajar tingkatan tiga berkenaan ditembak kerana dikatakan cuba melanggar polis secara mengundurkan keretanya setelah terbabas dalam kejadian kejar itu.

Oleh itu siasatan awal tertumpu di lokasi kereta Aminulrasyid terbabas melanggar pokok di Jalan Makyong. Sinar Harian

Nota : Menurut pakar psikologi, seseorang yang waras tidak akan meniru tindakan kejam rakannya secara spontan melainkan kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.

Sekonyong-konyong berita awal selepas kejadian, tindakan menembak remaja itu adalah untuk menghalang mereka daripada bertindak lebih agresif kerana pengaruh dadah atau alcohol.

Rupa-rupanya anjing tu yang mabuk brendi (gambar). wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)