Cabang

Isnin, 1 November 2010

Pelentong atau Kelentong Najib...

01 Nov 2010

Sandakan: Dato’ Seri Najib difahamkan tidak dapat menghadiri beberapa aktiviti rasmi Kerajaan 1 Msia kerana dijangkiti symptom ‘chicken pox’ ketika di Hanoi beberapa hari yang lalu. Segala upacara rasmi yang akan melibatkan beliau akan dipangku oleh Timbalan Perdana dan beberapa ahli kabinet lain. Ia juga termasuklah acara rasmi di Brickfield.

Tan Sri Muhyiddin juga terpaksa mewakili beliau ketika menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri Australia selama 2 hari di Putrajaya walaupun desas desus mengatakan Kerajaan Australia tidak mengiktiraf Dato’ Seri Najib kerana kurang berpuas hati dengan perjalanan perbicaraan kes Altantuya sejak beberapa tahun lalu.

Namun, semangat beliau untuk bersama pengundi-pengundi di Sandakan tetap diteruskan bagi menarik mereka memberi undi kepada calon Barisan Nasional. Ini terbukti dengan kelulusan serta merta projek pembesaran jalan Sibuga sepanjang 2.75 km (gambar) yang terletak dalam parlimen Batu Sapi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)