Cabang

Rabu, 1 Disember 2010

Malaysia Book Of Record....


MANJUNG – Manjung Bikers Club (MBC) ingin mencapai matlamatnya untuk mencapai rekod susunan motosikal terpanjang (tyre to tyre que) dan mencatatkannya ke dalam Malaysian Book Of Record.

Timbalan Presiden MBC, Abd Hadi Ahmad berkata, matlamat ini akan dicapai pada program Gegor Manjung Bike Week yang bakal diadakan pada 10 hingga 12 Disember nanti.
Menurutnya, program itu akan diadakan di Hotel Orient Star, Lumut dan disertai Kerajaan Perak dan Kementerian Pengangkutan.

“Program ini juga mendapat restu daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan disokong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Majlis Pembandaran Manjung (MPM) dan Marina Island,” katanya ketika ditemui di Manjung, kelmarin.


Abd Hadi berkata, acara pemecahan rekod susunan motosikal terpanjang untuk dicatatkan dalam Malaysian Book of Record itu akan diadakan pada 11 Disember nanti yang merupakan hari kemuncak program Gegor Manjung Bike Week 2010.
Katanya, program ini akan disertai kelab motosikal berkuasa tinggi dari tiga negara termasuk Malaysia. “Ini merupakan kali keempat kita menganjurkan program ini dan berdasarkan rekod lalu, peserta yang akan hadir adalah sekitar 300 hingga 500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia, Singapura dan Thailand.

“Acara kemuncak akan kita adakan di Pengkalan TLDM Lumut bersempena memberi penghormatan kepada TLDM sendiri sebagai salah satu agensi pertahanan utama di sini,” katanya. Beliau berkata, pemilihan Pengkalan TLDM Lumut sebagai tempat untuk acara kemuncak adalah sangat bertepatan dengan status Lumut sendiri sebagai sebuah destinasi pelancongan dan industri maritim.

Turut dijangka menghadiri makan malam berkenaan Menteri Besar Perak, Menteri Pengangkutan, Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, serta wakil jabatan sekitar Manjung.


Kepada pemilik motosikal besar yang berminat boleh menghubungi Abd Hadi selaku Pengerusi Program menerusi talian 012-5075072 atau SU MBC/Timbalan Pengerusi Program, Leftenan (B) Osman Eksan di talian 019-5748304.

sumber di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)