Senyumannya menjadi idaman dara.....habis dengan mak2 dan bapak2 semua dara turut terpesona.Iktibar!
Kengkadang terlalu ghairah sampai lupa tentang krisis Perak dirampas Rejim beberapa tahun yang lalu...klimaks kejatuhan Kerajaan Perak yang sah ialah kisah Adun Bota main lompat2 sampai terpegun semua rakyat khususnya di Perak.Iktibar!
Kini....
Muncul sekali lagi peristiwa yang hampir serupa, cuma kali ini berlaku di Sabah......kerana Sabah@Sarawak telah lama jadi penyelamat Umno untuk terus berkuasa.
Belum pun apa lagi, masing2 dah buat ramalan yang tergesa-gesa konon hasil kajian sehari dua...ramalan syok sendiri.Iktibar!
"Empat Belas Kerusi Sabah Untuk Pakatan"- Dr. Dzulkefly Ahmad.
"Tindakan Lajim Bumburing Titik Perubahan Politik Sabah"- Azmin Ali
Selagi Tokoh-tokoh Sabah ini tidak dilarikan ke Semenanjung selagi itulah belum cukup masak apa yang dikatakan titik perubahan. Pakatan Rakyat telah bekerja keras semenjak 2008 untuk menawan Putrajaya,moga tidak dihalang lagi oleh kisah Nasa Bota....wallahua'lam.
Baru keluar BN, jangan terus sapu di jadi kan calon, ingat lah wahai PR, kesetiaan mesti di uji kpd mereka yang baru masuk PR. Ingat?.. Pengkhianatan yang di lakukan oleh banyak pemimpin PKR , tetiba di ugut, terus keluar parti dengan umpan wang sekarung...!!! Jangan mudah tergoda!!... Alu alukan kedatangan tetapi uji kesetiaan mereka...bukan terima bulat bulat terus di jadikan calon..
BalasPadamBetul. Masaalah pemimpin PR ini kerap kali kabur mata!Jolok sikit mulailah bermimpi dunia ini dia orang punya.Last2 habuk pun tak ada.
BalasPadamSepatutunya kan pilih lah pemimpin yang setia dari awal bersama PR, bukan yang masuk hanya hendak merosakan PR...Ini cukup bahaya...Kami pengundi merasa dianiayai oleh pengkhianat ini.
PadamDalam politik massa, lonjakan perlu ada sebab kita dikonkong oleh masa. saya tidak hairan dengan komen pimpinan pr dan juga kerisauan dikalangan penyokong. dalam politik strategi diperlukan untuk lonjakan undi dan jangan terpedaya dengan tohmahan dari pemerintahan yg kononnya ini adalah tamak kuasa (yang sebenarnya, mereka yang takut kehilangan kuasa)
PadamKita mestilah bersangka baik tengok sejarah nabi s.a.w kerja-hidayah dari allah tidak dapat dijangkau oleh manusia bersabar dan bertawakallah kepada allah dan lawan tetap lwan
BalasPadamMemang kita bersangka baik tetapi pengkhianatan yang di lakukan oleh mereka, pengundi merasa teraniaya..bayangkan..! duit yang BN bagi kat MP atau ADUN, yang dapat bukan pengundi! Hanya di sogok dengan wang jutaan ringgit, pendirian dan istiqomah terus hilang...Dalam Islam, pengkhianat ini, apa hukuman yang setimpal?? Kerana mereka memandang duit, maruah diri tercalar!!!
PadamKita di Sabah berharap agar kes Bota di Perak tidak terjadi di Sabah. INI KALILAH ...blog tuan dah saya link.
BalasPadamOkay kita boleh sebut di sini beberapa pengkhianat kpd pengundi mereka dan kepada parti mereka, contoh: Zul Nordin, Ibrahim Katak,Nasaruddin Bota, ada dua lagi ADUN dari Perak yang mengkhianati perjuangan rakyat kerana ada skandal besar!diugut keluar parti jadi calon BEBAS sokong BN, MP Wangsa Maju,(CINA),ADUN Pelabuhan Kelang,ADUN DAP(CINA) dari Perak juga, kalau di kira jumlah nya lebih dari 10 orang. Selangor hampir hampir di jatuhkan oleh NAJIB (Pengerusi BN Selangor) mujur MB Selangor BIJAK!! Itu sebab pilih lah calon yang istiqomah dalam perjuangan bersama rakyat, tidak menjadi PENGKHIANAT...
BalasPadamNak info sikit: Ahli BN yang melompat atau masuk PR nih, apa yang kami takuti ialah, pihak BN akan mencari kesalahan mereka semasa mereka bersama BN, dan akan war warkan didalam suratkhabar seperti apa yang terjadi kepada 2 ADUN PKR, asal BN UMNO, di PERAK yang mana kedua dua nya ada skandal, yang sorang skandal SEKS dengan pelacur Cina dan yang seorang ada skandal RASUAH. Ini lah penyebab KAMI sangat risau dan gusar kerana BN UMNOAPCO akan mencari sekecil kecil kesalahan pun akan di spin dan putarbelit supaya nampak jahat.. di mata penyokong PR. Itu sebab calon PR kena selidik latar belakang sebelum di pilih menjadi Calon PR pada PRU 13 nanti.
BalasPadambekerja menggunakan akal yang waras. bertindak dengan keberanian yang jitu.jangan mudah tertipu agar tidaak mudah tewas...
BalasPadam