Cabang

Khamis, 3 Mac 2011

Pelakon Wanita Evergreen Muncul Kembali....

Setelah menyepi sekian lama, pelakon wanita handalan filem 'patahnya tumit kasut' telah kembali ke arena persada seni politik tanahair bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Beliau telah diberikan watak sebagai 'pengerusi bebas bukan eksekutif' syarikat penerbangan AirAsia X yang baru....

menyepi bagi melupakan ingatan peminat-peminat seni politik tanahair tentang mutu lakonannya yang kian merosot suatu ketika dulu kerana mengalami masalah 'Sindrom AP' yang berpanjangan. Juga kehilangan rakan seperjuangan yang beralih arah untuk merebut peluang berpaut pada pelakon-pelakon wanita yang baru meningkat naik....

'the making of' ada
di sini...

Beliau yang telah pulih semangat berjanji untuk memikul watak baru yang lebih mencabar setelah digandingkan semula dengan pelakon veteran tv hitam putih. Berdasarkan skrip asal filem baru ini, beliau akan cuba untuk menarik lebih ramai peminat tanahair dan juga seluruh dunia untuk melihat sendiri tentang lakonan bentuk baru yang akan dipertontonkan tidak lama lagi...

'tips' pelakon veteran tv hitam putih untuk meningkatkan imej negara tanpa mengenepikan hak dan kedaulatan syarikat-syarikat perfileman Malaysia...ada di sini

Sama-samalah kita penuhi panggung-punggung yang berdekatan. Jangan lepas peluang untuk melihat aksi-aksi mereka seterusnya nanti. Bye,jumpa di sana3x

photo terbaru beliau

1 ulasan:

cetusan ranting 1 (terkini)