Cabang

Rabu, 22 Disember 2010

Pengakuan Nazri : JawatanKuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Ikut Telunjuk Apco.

nota chedet : Dengan menerima hanya penjelasan Apco Worldwide melalui surat itu telah dijadikan asas untuk menghukum Anwar dan beberapa MP lain terbuktilah sudah bahawasanya selama ini Kerajaan Umno Barisan Nasional versi 1 Msia telah mengurustadbir negara tercinta ini dengan telunjuk Apco Yahudi Laknatullah...One Israel.

Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengenai pembabitan Apco Worldwide hanya dapat disampaikan melalui pentas-pentas ceramah yang sering diganggu oleh polis didalangi Umno Barisan Nasional dan dalam masa yang sama media utama kerajaan menyiarkan fitnah adu domba siang dan malam.

Sekiranya surat Apco dijadikan bukti kukuh, bagaimana pula dengan dokumen di bawah ini (klik untuk lebih jelas) juga dari Apco Worldwide. Adakah ianya diklasifikasi sebagai suratkhabar lama ataupun tisu jamban yang digunakan untuk mencuci bontot-bontot barua Apco Worldwide Laknatullah...wallahua'lam.













Surat Apco Bukti Anwar Menipu : Nazri

22 Dis 2010

KUALA LUMPUR: Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".

Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya.

Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".

Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".

"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.

"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti," katanya. - mStarOnline

2 ulasan:

  1. yang kes anwar nak sangat guna sumber wikiweaks tu (bukan wikileaks)
    tentang wiki cakap pasal menteri2 malaysia WEAK and should not become a leader? how? hu. bias!

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)