Cabang

Selasa, 21 Disember 2010

Pendedahan WikiLeaks Menutup Tirai Dunia 2010...


21 Dis 2010

Laporan portal WikiLeaks, yang menjadi tajuk berita utama sehingga menarik perhatian dunia, menutup tirai 2010 persada hal ehwal antarabangsa dan hubungan diplomatik sejagat, tidak terkecuali Malaysia.


Bertahun-tahun, hubungan dua hala Malaysia dengan negara jiran terdekatnya Singapura dan Indonesia, yang pasang surut, mewarnai dunia diplomatik negara menyebabkan barisan diplomat sentiasa tidak menang tangan.
Namun penghujung tahun 2010 berakhir dengan situasi berbeza berikutan pendedahan WikiLeaks, sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.

Satu kenyataan memudaratkan oleh pemimpin dan pegawai kanan Singapura yang didedahkan WikiLeaks mengejutkan para pemimpin Malaysia dan Singapura. Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dicatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Pada 14 Disember, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T Jasudasen bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan itu dan mengemukakan nota bantahan kepada Singapura berhubung perkara itu.


Selain hubungan Kuala Lumpur-Jakarta, antara hubungan antarabangsa Malaysia yang menjadi tumpuan utama tahun ini adalah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan juga lawatan Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh ke Malaysia.
Tahun 2010 bermula dengan baik bagi hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

Perundingan tahunan kedua-dua negara diadakan di Putrajaya pada Mei, yang menyaksikan Presiden Indonesia bermesyuarat dengan Najib membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.


lagi di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)