Cabang
Khamis, 10 Februari 2011
Awas Jika Ke Monkey Bay....Silap-silap Kena Gigit
MANJUNG - Percutian satu keluarga di Monkey Bay, Pulau Pangkor berakhir dengan pengalaman mendukacitakan apabila seorang daripada 12 ahli keluarga itu tiba-tiba dipukul sekumpulan lelaki.
Anak mangsa, Daniel Chew Zen Yuen, 25, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu di sebuah gugusan pulau sekitar Pasir Bogak.
Katanya, dia sekeluarga berkunjung ke pulau itu dengan menaiki sebuah bot dari Happy Island Services dan diturunkan di Monkey Bay untuk beristirahat dan mandi manda.
“Ketika kami tiba di pulau itu, kami nampak sekumpulan lelaki Cina sedang bersantai sambil menikmati minuman keras. Bersama mereka juga ada seorang pemandu bot.
“Pemandu bot yang membawa kumpulan itu dilihat bermain-main botnya dengan membuat beberapa kali pusingan bagi tujuan memercikkan air. Tidak disangka-sangka perbuatannya itu menyebabkan bapa saya basah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Berpadu di sini, kelmarin.
Menurut Zen Yuen, bapanya, Chew Soon Chye, 51, ketika itu sedang berehat terkejut dengan percikan air menyebabkan pakaiannya basah, manakala abang iparnya, Punnia Murthi, 29, pergi menegur pemandu bot bersama sekumpulan lelaki berkenaan.
Katanya, pemandu bot itu kemudian pergi mendapatkan bapanya untuk bertanyakan sama ada perbuatannya itu menyebabkan Soon Chye basah atau sebaliknya.
“Bapa memberitahu pakaiannya basah akibat percikan kipas bot yang dibawa pemandu itu, tetapi menyifatkan ia perkara biasa dan tidak mahu memanjangkannya kerana tujuan mereka ke pulau itu adalah untuk bercuti dan bersuka ria,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zen Yuen, pemandu bot itu tiba-tiba melepaskan tumbukan ke muka bapa sehingga terjatuh menyebabkan dia bersama abangnya, Ismail Chew, 29, pergi mendapatkan pemandu terbabit lalu menolaknya hingga terjatuh dan mengalami sedikit luka di kepala.
Selepas itu, lelaki dari kumpulan berkenaan datang beramai-ramai dan berlaku pergaduhan menyebabkan semua ahli keluarga Soon Chye dipukul tanpa belas kasihan.
“Nasib baik anak-anak kami tidak dipukul, tetapi ramai antara kami mengalami kecederaan, manakala bapa pula cedera serius di tangan kirinya akibat dipukul dengan kayu oleh beberapa lelaki dalam kumpulan itu.
Menurut Zen Yuen, ketika kejadian tidak ada langsung pihak datang membantu mereka sekeluarga walaupun ada beberapa bot membawa pelancong melalui kawasan berkenaan termasuk bot yang membawa mereka sekeluarga.
“Hanya selepas kumpulan lelaki itu beredar bersama rantai bapa bernilai RM10,000 yang diragut mereka, barulah majikan dari Happy Island Services datang lalu membawa kami mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
“Kami kemudian cuba untuk membuat laporan di Balai Polis Pulau Pangkor, tetapi terganggu oleh kehadiran beberapa lelaki lain, menyebabkan kami terpaksa menangguhkannya dan akan dibuat setelah keluar dari Pulau Pangkor,” katanya.
Dia berkata, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mereka pada jam 12 tengah malam pada keesokan hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung setelah mendapat nasihat daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Lumut, Dr Yusof Al-Bakri Mohd Ismail yang membantu keluarga itu.
Antara yang cedera dalam kejadian itu ialah empat lelaki dewasa termasuk sahabatnya dari Johor Baharu, Ganesan Kaliapan, 25, yang mengalami kecederaan di kepala dan empat wanita termasuk ibunya, Paramispary Doraisamy, 47, yang cedera di kedua-dua belah tangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & TerengganuSehari yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan