Cabang

Khamis, 3 Februari 2011

Patutlah Pelajar Mesir Tidak Dipeduli....



Tujuh Pelajar Malaysia Ditahan Tentera Mesir

Ketika ini kerajaan Malaysia yang telah beberapa kali diberi pengiktirafan dunia islam sebagai 'model' negara yang maju. Persis menjadi duta dunia islam dengan 'title' pengerusi OIC(oh i see). Namun, masih belum mendapat solusi pelan perpindahan pelajar Malaysia di Mesir. Terkini masih merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menggunakan ruang udara bagi urusan tersebut.

Dengan mengeluarkan kenyataan supaya ibubapa kepada pelajar tidak perlu risau kerana anak-anak mereka cukup makan dan masih berada dalam keadaan selamat.

Seperti biasa bila sudah terhantuk baru tergadah!

Agaknya, kalau boleh semua pelajar malaysia hanya ditempatkan di negara jiran yang lain supaya mereka tidak menceritakan keadaan yang sebenar berlaku di Mesir ketika berada di tanahair tercinta ini...agak je lah.
Mana tau kalau-kalau terpacul cerita tentang kehidupan isteri Presiden Hosni Mubarak(gambar atas) yang lebih berpengaruh dari suaminya.

Juga telah banyak menghabiskan harta rakyat Mesir yang sentiasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Juga menjadi penghalang kepada pengembangan syariat islam di bumi yang melahirkan ramai ulama' besar dunia.
Lantas, mereka membandingkan pula kehidupan Sang First Lady of Malaysia yang saling tak tumpah dengan Suzanne Mubarak itu.

Kedua-duanya telah banyak mencalarkan imej islam di mata dunia kerana gelagat rakus mereka serta mempunyai penasihat-penasihat asing sendiri yang bisa menggoncangkan negara memasing dek kerana label 'First Lady Gaga'.


Segalanya bermula esok di hadapan kedutaan Mesir selepas solat jumaat. Amaran buat kerajaan 'First lady of Malaysia' ini supaya tidak meneruskan kerja-kerja jahat anda bersama pengikut untuk merosakkan kedaulatan negara tercinta ini. Jika masih, rakyat akan dahulukannya. Wallahua'lam.

6 ulasan:

  1. macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

    pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

    hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

    artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

    bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

    MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

    Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM 1 comments

    BalasPadam
  2. pergi mampus la..umno pergi selamatkan pelajar tu pun bukan guna duit bbapak dia orang..guna duit rakyat..so..jangan banyak cakap la..pergi selamatkan je la..guna duit rakyat untuk rakyat..bukan guna duit rakyat untuk bini PM belanja mewah dengan program yang tak untungkan rakyat..orang umno pun berlambak kat mesir sana..apa ngko ingat tiada kelab umno ke kat mesir sana tu..

    BalasPadam
  3. Napa la rami melayu masih tak tau beza antara parti dgn kerajaan? Antara ehsan dgn hak? Antara bantuan dgn tanggungjwb?..

    BalasPadam
  4. MISI MENYELAMAT PELAJAR KELANTAN DI MESIR- NIK AZIZ HANTAR RM93.68 SEORANG UNTUK KESEMUA 1281 PELAJAR KELANTAN?

    Salam semua…
    Khabarnya kerajaan PAS Kelantan telah menghantar wang tunai sebanyak RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana. Secara purata, maknanya seorang pelajar akan mendapat habuan tunai sebanyak RM93.68.
    Kalau nak buat kebajikan kepada rakyat sendiri dengan memberi setakat RN93.68 seorang dekat pelajar di Mesir tak payah hebohlah dalam media. Buat malu kerajaan PAS Kelantan saja. Sebanyak RM93.68 nak makan seorangpun tak cukup!.
    Inilah bahananya bila kerajaan PAS Kelantan di tiap-tiap kempen pilihanraya mereka, para pemimpin termasuk Menteri Besarnya dengan sombong menempelak kerajaan persekutuan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membawa kemakmuran kepada rakyatnya. Maknanya rakyatnya mewahlah.
    Kemakmuran lagu mana kalau nak bantu pelajar tajaan sendiripun susah. Inilah salah satu contoh bagaimana kerajaan PAS menipu rakyatnya sendiri. Saja penulis nak tanya, mana perginya exco-exco PAS yang kaya raya? Ataupun duit kutipan zakat kerajaan tak ada ke? Takkanlah tak boleh bantu sikit? Kalau untuk perang siber buat fitnah politik, boleh pulak mereka sedia peruntukan sebanyak RM4 juta? Krisis di Mesir ini lagi penting, untuk menyelamatkan nyawa pelajar-pelajar Kelantan lagi?. Takkan hanya mampu keluar duit poket sebanyak RM93.68 seorang? Malulah …memang sengkek betoi kerajaan PAS Kelantan nih…
    Bila dah jadi begini, masih tak malu menutup kesusahan mereka dengan menyalahkan kerajaan UMNO-BN di bawah DS Najib.
    Dan yang terbaru mereka sengaja memalukan kerajaan persekutuan dengan melemparkan tuduhan yang seolah-olah kerajaan persekutuan kedekut membawa balik pelajar dari Jeddah ke KLIA.
    Ikuti paparan yang penulis ambil daripada hHarakah Daily bertarikh 3/2/2011 (Klik di sini ).
    INGIN PENJELASAN BAWA KELUAR PELAJAR DARI MESIR (soalan yang penuh makna?)
    Mangchik Mangchuk
    Anak saya sekarang berada di Tanta U, Mesir dalam bidang Perubatan tahun satu. Saya amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membawa keluar pelajar dan rakyat kita ke Jeddah, dan saya lebih kurang faham tujuan pendekatan itu diambil oleh kerana jumlah yang agak ramai mencecah ke 14,000 orang. Saya ada mendengar taklimat melalui TV3 yg disampaikan oleh PAT yg memaklumkan operasi 'evakuasi' ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu, membawa keluar secepat mungkin ke Jeddah dan fasa kedua dair Jeddah ke KL. Tetapi melalui website 'Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita' , kami dimaklumkan maklumat seperti berikut yang bersumberkan kepada PMRAM:
    Ops Piramid (3.27pm Mesir)
    TERKINI: Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan
    1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
    2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
    3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
    4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
    5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
    Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48 pm waktu Mesir.
    Mangchik Mangchuk
    Bapa kepada seorang anak yang sedang menuntut di Tanta U Mesir.

    Ulasan penulis berikutnya:
    Inilah yang penulis kata kenyataan media mereka yang seolah-olah sengaja ingin memalukan kerajaan persekutuan dengan melemparkan tuduhan macamlah kerajaan persekutuan kedekut sangat membawa balik pelajar dari Jeddah ke KLIA.
    Siapa yang kedekut sebenarnya Kerajaan PAS Kelantan ataupun Kerajaan Persekutuan? Setakat RM93.68 seorang nak beli apa? Otak siapa yang kuat penipu sebenarnya?

    Posted by Salam semua... at Friday, February 04, 2011

    BalasPadam
  5. salam mahabbah...

    semoga segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...hanya yang mahu ambil iktibar.

    joe> soal bantuan dan kebajikan rakyat tak perlu ada dikriminasi agama,kaum dan parti politik.pemimpin umno dan barisan nasional perlu tunjukkan teladan kepada rakyat agar jgn ada di antara mereka yg terikut-ikut dengan perangai sesetengah pemimpin.

    anon 21.40> ketika keselamatan rakyat tergugat,kemewahan dan wang ringgit bukan ukuran.sikit atau banyak mereka tak peduli asalkan mereka segera dibawa keluar dan kembali ke pangkuan keluarga di negara 'aman' ini.

    yang penting semua anak kelantan dan dari negeri-negeri di bawah umno daripada berbagai latar belakang mendapat bantuan secara adil dalam bidang pendidikan mereka.

    alhamdulillah,anak makcik mangkuk selamat dan bagaimana dengan 10,000 yg lain?bantuan sepenuhnya pasti dapat disalurkan sekiranya umno membatalkan projek 100 tingkat.

    tahniah kerajaan kelantan walaupun telah lama dinafikan hak geran mengikut perlembagaan,tanggungjawab membela rakyat tetap diteruskan.

    moga kita terus mendoakan keselamatan anak-anak kita walau di mana mereka berada,dan dapat meneruskan pengajian dimana sahaja sementara menunggu krisis mesir berakhir dengan baik.

    tq,sudi dan singgah lagi.

    BalasPadam
  6. Berlajarlah sifat qana'ah (memadai)bersyukur apa yang ada...itu kan sifat (akhlak) yang terpuji..
    Aku rasa depa yg dapat sorang rm93.68 tu ok kot...tapi hang je yang kecoh..(berlajarlah sirah nabi bukan sejarah melayu)

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)