Cabang

Khamis, 24 Mac 2011

Menjelang Pilihanraya Sarawak...Darah Rakyat(video inside)

Khamis 24.03.11 1.45ptg

Apa lagi yang hendak diharapkan kepada pemimpin-pemimpin kita. Setelah diberi amanah, saban hari mereka melakukan berbagai-bagai kerosakan di muka bumi ini. Fitnah dan mehnah dirancang secara sistematik supaya mereka dapat mengekalkan kuasa.


Rakyat, mereka anggap seperti binatang yang boleh mereka tunggang langgangkan. Mereka biarkan rakyat hidup kais pagi sampai malam baru pulang untuk menyara keluarga, disamping terus menyara tembolok pemimpin-pemimpin yang rakus.

Biar rakyat terus susah supaya senang dipergunakan ketika kempen untuk mengekalkan mereka di Putrajaya. Segala kemudahan dan kemewahan dihidangkan sementara mereka mendapat sokongan...tapi cuma seketika.

Namun, kesengsaraan yang mendatang adalah lebih berpanjangan...



Lagu Darah Rakyat cukup terkenal pada masa revolusi kemerdekaan Republik Indonesia. Sebulan setelah proklamasi, 19 September 1945, lagu ini dinyanyikan dalam "demonstrasi" di Lapangan Ikada (kini Lapangan Monas, Jakarta).

ehsan sahabat di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)