Cabang
Selasa, 22 Mac 2011
Misteri Datuk T yang kebal undang-undang porno?
Kerja polis tangkap penjenayah. Memiliki video lucah tidak jenayah? tapi menjadi kesalahan. Persoalan yang hendak saya ketengahkan pagi ini, apakah tidak menjadi kesalahan apabila ada orang menayangkan video lucah didalam bilik hotel.
Seperti juga pengedaran dadah, apakah polis tidak perlu menangkap penjual dadah yang lalu didepan mata kerana tidak ada orang yang membuat laporan polis. Apakah semua kesalahan yang dilakukan oleh manusia mestilah ada orang membuat laporan polis baru pihak polis akan membuat penyiasatan dan tangkapan.
Sekiranya ada orang melakukan jenayah tapi tidak ada sesiapa yang secara sukarela membuat laporan polis maka polis tidak perlu bertindak, begitukah? Tapi polis cepat bertindak apabila didapati kereta dipandu laju melebihi had laju, cepat-cepat polis bertindak saman ekor dan apabila ada pemandu dan pemilik kenderaan tersebut tak dapat bayar saman maka kereta tersebut disenarai hitam, sedangkan pemilik kereta tersebut tidak cukup wang untuk membayar saman, nak makan anak bini pun terpaksa 'bertengat' tapi dijadikan satu kesalahan bersifat 'zalim'.
Diatas adalah perbandingan tindakan cekap pihak berkuasa termasuk polis dalam melaksanakan undang-undang. Apabila kesalahan yang melibatkan pihak kerajaan BN dapat mengumpul wang ringgit maka tak payah ada laporan polis senang saja pihak polis bertindak tapi apabila gempar seluruh negara terdapat tayangan video lucah pihak polis seperti kaku untuk bertindak, apakah kerana kesalahan itu tidak mendatangkan hasil berupa wang ringgit maka tindakan pantas polis tidak dilaksanakan. Apa menjadah ni?
Yang jelas apa yang berlaku sekarang ini ada agenda terpilih bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Contohnya apabila rakyat yang menyokong parti pembangkang mengadakan tunjuk perasaan walaupun 10 orang mereka itu dihalang dengan menghantar pasukan FRU dan sekiranya ingkar bersurai mereka itu akan ditangkap dan didakwa tapi apabila ada kumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan DNA tidak ada apa-apa yang dibuat oleh pihak berkuasa.
Apa jenis kerja ni?. Betul seperti komen yang dihantar kepada saya pagi ini oleh peminat sebuah blog adalah lebih elok seluruh pawagam di malaysia boleh menayang filem 'blue Film' (video lucah) sepertimana yang ditayangkan di Corcosa Negara kerana tayangan vidoe lucah boleh jemput orang ramai menonton dan tidak ada tangkapan dibuat.
Dan boleh dihebohkan untuk pengetahuan seluruh rakyat malaysia dan dunia melalui media masa dan media cetak termasuk TV dan Blogger yang pro BN. KETELUSAN, perkataan yang sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. DEMOKRASI juga sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. Masihkan ujud KETELUSAN dan DEMOKRASI sepenuhnya di MALAYSIA hari ini terhadap seluruh rakyat atau KETELUSAN dan DEMOKRASI hanya dilaksanakan kepada mereka yang terpilih sahaja?.
Undang-undang ada tapi ujudkan KEADILAN dalam undang-undang negara kita?.sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu17 jam yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Aku rase la bukan report yang di tunggu, tapi, duit yang di nanti. Kalau duit tak masyuk...polis2 ni buat2 tidur ja. Buat2 bodo ja. Dah masak dah dengan perangai polis2 kat Malaysia ni.
BalasPadamHarapkan pagar...pagar makan padi....
Harapkan polis...polis yang mengkedarah dulu...