Cabang

Isnin, 21 Mac 2011

Pas ajak rakyat Sarawak buat perubahan....Segera!


KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

“Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,” katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,” katanya...sumber

nota kenyalang : Amaran buat pemimpin umno dan barisan nasional yang partinya tidak mempunyai satu cawangan pun di bumi kenyalang supaya jangan buat kerosakan lagi di sana. Amaran juga buat SPR supaya menghalang terus pemimpin ini menjejak kaki di bumi kenyalang kerana mereka tidak layak untuk mewakili anak tempatan memperjuangkan nasib 'bangsa'...

2 ulasan:

  1. Presiden PAS pandai buat "seruan" aje.Nak tanya,ada berapa banyak cawangan dan kawasan PAS diSarawak? Pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahli yang bersemangat nak pergi keSarawak buat apa?Berapa orang calun PAS - Parlimen dan DUN yang akan bertanding?Nak terberak baru nak cari lobang.

    BalasPadam
  2. rileks bro,ni tiada kena mengena dengan perpaduang.Beliau 'seru' jer la,beliau juga yg buat semua kerja,bujang senang pun kiok.

    presiden seru buat perubahan jangan undi bn,kalau tak suka Pas undilah selain BN.

    Kalau semua pemimpin dan ahli Pas pergi tenggelam plak bumi kenyalang nanti.berbahagi kerja la.

    Di semenanjung pun ada tempat yang banyak cawangan dan kawasan,Pas beri laluan pada rakan Pakatan,bukan kemaruk YB.Dakwah sambil berkongsi cerita,inilah peluang Pas pergi dari rumah ke rumah,kalau bukan pilihanraya tak dapat beb!suka atau tidak inilah peluangnya.

    Ahli pas sendiri pun ada yang masih sangsi kerana masih belum cukup ilmu.kalau semua cerdik,bila aku nak jadi presiden plak nanti kehkehkeh...jgn jadi bodoh sombong sudah la.

    kalau ada ilmu, datang seribu penasihat Apco Worldwide sekalipun,pasti kukuh iman di dada.

    Lobang?lagi sedih kalau dah sedia jamban tapi berak bersepah-sepah.eeerrrr tarak nama ka,kita serupa kahkahkah

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)