Cabang

Ahad, 6 Mac 2011

Revolusi Kerdau dan Merlimau, Kenapa Menteri KDN takut?



Belum pernah selepas berlakunya revolusi di mana-mana yang menyebabkan negara itu mundur, papa serta rakyatnya mati kelaparan. Walhal negara-negara yang rakyatnya bangun merevolusi sistem pemerintahan yang korup dan kuku besi, hidup mereka bertambah maju dan mendapat manfaat yang banyak daripada hasil bumi.


Rakyat melakukan revolusi kerana cinta dan kasihkan negara mereka...buktinya di sini, sini dan sini.

Tak semena-mena, pokok belum tumbang sang menteri keselamatan terpacul dari tempat persembunyiannya. Bertapa entah di mana, mencari tangkal azimat dari si penasihat apco yahudi laknatullah(orang luar)...agaknya lah.

Kusut kepala hotak memikirkan apakah tindakan susulan perlu dibuat sekiranya umno apco tumbang wal ghuyub dari bumi Malaysia yang bertuah ini...alhmadulillah. Benda yang tak pernah terpikir dalam kamus perjuangan umno selama berkuasa. Nampak seperti mereka sudah sedar usia kekuasaan akan berkubur tanpa nesan.

Walaupun sebenarnya beliau takut, tapi cuba buat berani dengan mengugut untuk menggunakan ISA bagi menyekat kebangkitan rakyat...di sini

Kalau merevolusi untuk keuntungan kantung KDN memang cekap dan betul saja..di sini

Pilihanraya hanyalah kosmetik untuk meneruskan kelangsungan berkuasa, demi mendapat keabsahan merombak dan menyelaras segala bentuk penyelewengan supaya lebih halus dan sistematik. Keuntungan ghaib akan terus dikorek dari poket rakyat. Buatlah apa sahaja, kemenangan telah diketahui lebih awal.

Ada yang berpendapat biarlah mereka terus melakukan kerja jahat untuk menipu, namun tidak dapat mengatasi undi pakatan rakyat yang memperolehi margin sokongan yang tinggi...ini adalah kerja bodoh.

Sebenarnya, Menteri KDN melakukan fitnah dengan mengatakan rakyat hendak menggulingkan kerajaan Umno dan barisan Nsional...Tapi bukan setakat guling-guling, kalau dapat rakyat nak buang jauh-jauh umno dan barisan nasional bersama penasihat Apco Worldwide sekali dari peta dunia ini.wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)