FILEM TIGA MAT BOROI -
Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana ‘ world premier – pembukaan sedunia’ filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.
Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa bagitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menalipon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak aku tak sabar sabar nak menengok Tiga Mat Boroi. Cepat cepat aku seterika baju dan seluar.
Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80’an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal buat anak dan kanak-kanak. Dari apa yang aku difahamkan filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap ‘engaging’ atau filem fikrah.
Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah di jemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Ini tayangan bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif – Le Carcosa.
Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Commonwealth pada tahun 1998 dahulu.
Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak anak muda. Amat amat ditakuti kalau kalau anak muda akan pergi beramai ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.
Bila aku sampai ke Le Carcosa aku telah disambut oleh lelaki gelap berbaju lengkap hitam termasuk dengan kaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakun dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti gengster India filem Tamil – bangang tapi lawak.
Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan para wartawan yang telah datang lebih awal. Mereka semuanya kelihatan resah dan gelisah - duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.
Sebelum filem diputar Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.
Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit filem berputar telah mula kedengaran orang berdengkor. Dalam minit ke tujuh dua orang penonton telah bangun untuk ke tandas. Untuk aku ini petanda yang kurang sehat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.
Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adigan yang sedang bergerak dihadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi filem ini adalah filem drama politik yang serious. Tetapi bila aku lihat filem ini adalah filem komidi bodoh bergenre Senario.
Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk filem sebagini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serious. Filem genre politik yang serious untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Filem inilah yang membantu… oops.. maaf lupa huruf t…. perkembangan fikrah negara.
selanjunnya di TT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan