Cabang
Khamis, 31 Mac 2011
Hantu Jembalang Sedang Menyusup Ke Sarawak ?
Rakyat Sarawak lebih mengenali siapakah 'hantu' dan 'jembalang' yang sentiasa membuat kacau di bumi sarawak. Mereka datang ketika hendak menagih simpati rakyat supaya terus memberi sokongan kepada mereka mengekalkan kuasa.
Berkuasa untuk mengisi tembolok pemimpin Umno barisan nasional yang semakin rakus......
Bercakap umpama menuding kepada diri sendiri....hahaha malikul sembab
KUCHING - Rakyat Sarawak perlu menolak 'hantu' dan 'jembalang' yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.
Muhyiddin berkata, 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.
“Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbohong kepada rakyat dan berharap rakyat terus memberi memberi sokongan apabila tiba masa penentuannya supaya rakyat Sarawak terus terbela.
Katanya apabila tiba pilihan raya, pertimbangan-pertimbangan tertentu perlu diambil kira dalam memilih parti yang boleh dipercayai untuk mewakili penduduk Sarawak.
“Kita harus bersyukur negara kita dan Sarawak khususnya adalah negara dan negeri yang begitu aman, begitu stabil dan begitu maju.
“Pertimbangan utama yang perlu diambil kira (pada pilihan raya) adalah untuk menjamin politik yang terus kekal stabil, menjamin proses pertumbuhan ekonomi negeri terus mantap, menjamin pengagihan kekayaan yang ada di negara dan negeri dilakukan secara adil dan saksama serta menjamin masa depan generasi muda yang maju dan cemerlang,” katanya.
Muhyiddin berkata ini semua telah dilakukan oleh BN, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan program-program transformasi yang hebat.
“Kita tidak mahu Sarawak, negeri yang besar dengan penduduk yang ramai terpinggir daripada arus perdana. Kita tidak mahu Sarawak tidak terpaut dalam transformasi besar di peringkat nasional.
“Saya ingin mengajak rakyat Sarawak berganding bahu membantu BN untuk mengekalkan kuasa politik... kalau boleh lebih besar daripada pilihan raya dahulu,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin yang tiba di Kampung Boyan-Gersik dengan menaiki sampan pada pukul 2.30 petang, memulakan lawatan ke kampung itu dengan mengecat sebahagian surau sementara Kampung Gersik yang dalam proses baik pulih.
Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu kemudian melawat premis-premis yang mengusahakan kek lapis Sarawak, satu perusahaan yang cukup terkenal di kampung itu. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakanSeminggu yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan