Cabang
Jumaat, 22 April 2011
Bagaimanakah Rupanya Sebuah Siasatan Yang Lengkap??
Akhirnya rumusan yang dibuat setelah penyiasatan ke atas kematian Allahyarham Ahmad Sarbani selesai nanti juga bergantung kepada 'kebijaksanaan' AG Gani Patail. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali dipulangkan semula kertas siasatan kepada polis kerana pihak peguam negara tidak berpuashati dengan beberapa elemen 'yang tidak lengkap'.
Dengan hanya tertumpu kepada punca kematian maka akan terlepas jugalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana 'suspek' berada di dalam kawalan mereka semasa kejadian sadis itu berlaku. Seperti juga kes yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock.
Agaknya, siasatan yang dikatakan lengkap itu semata-mata untuk memuaskan hati Peguam Negara yang sentiasa dibayangi oleh pihak yang cukup-cukup berkepentingan. Tidak berpuashati, serahkan semula kertas siasatan kepada polis dan pihak polis pastikan siasatan seterusnya telah mengikut 'citarasa'. Baru ia dikatakan siasatan lengkap?
Cedera Parah Punca Kematian Sarbani...mStarOnline
Nasib baik siasatan tidak pilih jalan paling senang dengan mengaitkan kes kematian ini adalah kerana dirasuk hantu dan terjun jatuh bangunan seperti kes ini....
SENTUL – Seorang pekerja kontraktor dikatakan dirasuk hantu, ditemui mati dipercayai akibat jatuh dari rumahnya di tingkat tiga, flat empat tingkat di Jinjang Selatan dekat sini.
Mangsa, dikenali Sou Hong, 36, ditemui jirannya atas rumput di belakang bangunan terbabit, kira-kira jam 10 pagi, semalam.
Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia percaya adiknya itu jatuh selepas dirasuk hantu.
“Sebelum ini, kami sudah dua kali bawanya berjumpa pakar perubatan tradisional, tetapi semuanya menemui jalan buntu.
“Hari ini (semalam) kami bercadang membawanya menemui seorang lagi pakar perubatan tetapi, tidak kesampaian,” katanya.
Dia yang tinggal di kawasan berhampiran berkata, sebelum mayat adiknya itu ditemui, meja di kawasan tempat bersembahyang di sudut rumah itu didapati berselerak.
“Saya percaya kerana dirasuk, adik saya bertindak demikian sehingga nekad jatuh melalui tingkap rumah,” katanya.
Menurutnya, dia tidak percaya adiknya itu terjun kerana mempunyai masalah kewangan memandangkan dia mempunyai wang simpanan di bank.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut. SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan