Cabang

Jumaat, 22 April 2011

Inilah Padahnya, 1 Mesir 1 Mufti vs 1 Msia 14 Mufta + 1 Mashitoh....Poco-Poco Halal?


Oh! pening-pening dengan kisah ajaib Malaysia yang penduduknya sekitar hanya 30 juta bermuftakan 14 orang sohibus samahah tapi di Mesir berpenduduk hampir 200 juta hanya bermuftikan seorang...Itupun libang-libu rakyat mesir diperlakukan Dato Seri Hosni Mobarak.

Tok Mufti Perak yang mempengerusikan majlis fatwa negeri adalah orang yang sama turut serta di majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan, namun membuat keputusan yang tidak seiring tentang tarian poco-poco....

Harap2 tak 'jeolous' la Tok Mufti Perak bila melihat Tok-Tok Mufta negeri lain boleh berdansa poco-poco...

Cuma rakyat nak tahu juga fatwa dengan lebih jelas bagaimana sekiranya rakyat kelahiran Perak pergi berpoco-poco di negeri lain dan adakah rakyat di negeri lain boleh berpoco-poco sehingga mereka sampai di sempadan negeri dengan secepat kilat menukar langkah kepada tarian zapin ataupun hip-hop?



sumber di mStarOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)